Senarai Terkini Bantuan Tunai Tahun 2024 Malaysia Madani

This post has already been read 2271 times!



Ketika Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 yang lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa bantuan tunai yang menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim


Bantuan Tunai 2024 yang diumumkan bakal memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada B40, M40, penjawat awam dan lain-lain.


Berikut merupakan Senarai Bantuan Tunai 2024 yang bakal memanfaatkan jutaan rakyat Malaysia.

1) Bantuan Awal Persekolahan RM150
Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2024 sebanyak RM150 kepada setiap murid secara one-off, akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid seluruh negara.




2) Keperluan Asas Barang Dapur RM1200 (B40)
Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA 2024) kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.
Sebelum ini penerima bantuan Sara hanya diberikan bantuan ini selama 6 bulan sahaja.


Penerima Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan STR dan bukan berstatus Miskin dan Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.
RM150

Untuk maklumat lanjut sila layari laman rasmi Laman Rasmi STR atau Risalah STR 2024
Jenis Barangan Yang Boleh Dibeli
Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu

Beras,
Roti,
Telur,
Minyak masak,
Tepung,
Biskut,
Mi segera,
Minuman,
Makanan dalam tin dan
Bahan perasa.

STR Sehingga RM2500 (B40)
Kerajaan meneruskan pemberian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) dengan jumlah peruntukan keseluruhan ditingkatkan kepada RM10 bilion berbanding RM8 billion pada 2023.
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Semakan Status Terkini
Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat melalui kaedah berikut;

Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
Menghubungi LHDM
Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia
Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Sekiranya semakan dibuat melalui laman portal MySTR, cara-caranya adalah sebagaimana berikut;

Tekan log masuk MySTR
Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) pemohon
Masukkan pengesahan kata kunci keselamatan
Masukkan kata laluan
Klik menu semakan permohonan
Jumlah Bayaran STR 2024
Kadar bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah

Bil anak 0 – RM1,000
Bil anak 1-2 – RM1,500
Bil anak 3-4 – RM2,000
Bil anak 5 dan ke atas – RM2,500
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000

Bil anak 0 – RM500
Bil anak 1-2 – RM750
Bil anak 3-4 – RM1,000
Bil anak 5 dan ke atas – RM1,250
Warga emas sebatang kara pendapatan bawah RM5,000
RM600
Bujang berumur 21-59 tahun
RM350
Bujang OKU berumur 19-59 tahun
RM350

Tarikh dan Jadual Pembayaran STR 2024
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah akan dilaksanakan 4 kali bagi tahun 2024.

FASA 1 – Februari 2024*
FASA 2- April 2024*
FASA 3 – Ogos 2024*
FASA 4 – November 2024*
Menurut Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.
Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.


Bantuan Khas RM2000 (Penjawat Awam) & Bantuan Khas RM1000 (Pesara dan Seluruh Anggota Beruniform)
Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.
Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini akan meneliti keperluan semua skim perkhidmatan dan dijangka akan dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan. Kali terakhir, semakan dilakukan adalah pada tahun 2012.
Oleh yang demikian, sementara menunggu semakan semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam siap, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan bersetuju memberi bayaran insentif awal sebanyak RM 2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah.
Tarikh Bayaran
Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.
Untuk makluman, tarikh buka sekolah sesi 2024/205, Tarikh Puasa dan Tarikh Raya 2024 adalah sebagaimana berikut;

Tarikh buka sekolah kumpulan A – 10 Mac 2024 (Ahad)
Tarikh buka sekolah kumpulan B – 11 Mac 2024 (Isnin)
*Tarikh Puasa 2024 – 12 Mac 2024 (Selasa)
*Tarikh Raya 2024 – 10 April 2024 (Rabu)
*Tarikh ini akan diisyitiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Jumlah Bayaran
Jumlah bantuan yang diberikan akan diterima adalah sebagaimana berikut;

RM2000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak.
RM1000 – Jawatan Utama Sektor Awam (termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform) dan Pesara Kerajaan (termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen).

Bantuan Khas RM700 (Guru Agama, Imam, Bilal, Siak)
Kerajaan bersetuju memberi sumbangan khas RM700 bagi menghargai jasa dan peranan besar lebih 70,000 guru takmir, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti.
Perdana Menteri berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sumbangan khas itu akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta.
“Menghargai jasa dan peranan besar lebih 70 ribu guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti, Kerajaan bersetuju untuk memberikan sumbangan khas ditambah menjadi RM700 yang akan disalurkan terus kepada mereka dengan peruntukan disediakan lebih RM50 juta.”-Perdana Menteri-
Skim Perubatan Madani

Untuk tahun 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700 ribu rakyat.
Skim Perubatan MADANI adalah sebuah skim kesihatan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd bagi golongan B40 bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan mereka terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut) disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar
Skim ini memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut merangkumi:

Demam dan selsema
Cirit-birit dan muntah
Terseliuh
Sakit kepala
Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain.
Rawatan yang tidak terangkum dalam skim tersebut adalah:

Imunisasi rutin
Saringan kesihatan
Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
Rawatan susulan ibu dan anak rutin
Perancangan keluarga rutin
Perkhidmatan rehabilitasi
Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
Permintaan suplemen
Jumlah Manfaat Kelayakan
Tiga (3) kategori jumlah manfaat kelayakan untuk skim ini ialah:

Isi Rumah Berkeluarga – RM250
Warga Emas (tanpa pasangan) – RM125
Bujang – RM75
Had manfaat Skim akan berkurang selepas setiap lawatan mendapatkan rawatan. Manfaat skim ini adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman web mereka
Cara Mendapatkan Rawatan
Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI;

Langkah 1: Semak kelayakan anda di laman berikut
Langkah 2: Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenal pasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
Langkah 3: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
Langkah 4: Had manfaat Skim Perubatan MADANI akan ditolak selepas selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) seperti yang dinyatakan di Laman Rasmi ProtectHealth
Infografik Senarai Bantuan Tunai Tahun 2024

Penafian
Baca Juga   Ringkasan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.