Perluasan Laluan Bas GoKL 14

This post has already been read 206 times!

Mulai 1 Ogos 2023, perkhidmatan bas percuma GoKL akan diperluaskan dengan pengenalan 1 lagi laluan baharu yang dikenali sebagai Laluan GOKL 14.

Laluan GOKL 14 ini akan menghubungkan Kompleks Komuniti Muhibbah ke PPR Pinggiran Bukit Jallil.

Selain itu, mulai tarikh yang sama, DBKL akan melakukan penstrukturan Laluan Merah Manggis yang menghubungkan MRT/KTM Kampung Batu ke LRT Sentul dengan memanjangkan laluan tersebut ke Stesen Monorail Chow Kit.

Pengguna bas GOKL digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan Aplikasi GOKL bagi mengetahui maklumat terkini / pengumuman dari semasa ke semasa mengenai perkhidmatan bas GOKL.



#KLBandarUntukSemua
#bandarmampanbandarsejahtera
#GoKL

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kenapa lemon terapung tetapi limau tenggelam