Rawat Dan Awet Muda dengan Autophagy menjimatkan wang

This post has already been read 88 times!

Autophagy ialah proses selular yang melibatkan kitar semula dan degradasi komponen yang rosak atau tidak diperlukan dalam sel.

Proses ini tidak memerlukan sebarang ubat atau vitamin.

Hasik kajian Prof osumi Yoshinori seorang ahli sains Jepun menemui satu proses unik yang dinamakan Autophagy.

Prof Osumi Yoshinori mendapati apabila badan hanya mengambil air putih semata tanpa nasi atau karbohidrat lain, untuk tempoh sekurang-kurangnya 16jam, sel sel badan akan melalui proses penjanaan semula atau kitar semula menghasilkan sel sel baru.

Dengan cara ini sel badan yang rosak seperti sel buah pinggang,hati, hempedu, jantung dan kulit akan mendapat sel baru yang sihat.

Asas kepada proses Autophagy ialah puasa rawatan selama16-18jam. Lebih baik jika membuat puasa rawatan sehingga 48jam.

Dalam tempoh itu, tidak boleh mengambil makanan berat seperti nasi dan roti.

Hanya minum air putih sahaja.

Autophagy berjaya merawat banyak kes sindrom metabolik seperti obesiti,darah tinggi, diabetes, kanser,enzema, Parkinson, dementia(nyanyuk), auto imun, arthritis dan banyak lagi.

Autophagy menstabilkan hormon insulin dan meningkatkan pengeluaran hormon pemulihan (growth hormone).

Kestabilan hormon insulin penting untuk menstabilkan pembakaran glukos dalam sel. Dengan cara ini,tenaga badan akan meningkat dan membolehkan semua organ badan berfungsi dengan baik.

Keradangan dalam sendi dan urat saraf berkurangan serta fungsi otak dipertingkatkan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Quinoa ganti beras untuk kesihatan