Sedang Beras Putih naik harga

Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja


Beras putih sebenarnya tidak lagi mengandungi lapisan serat akibat dari proses pengilangan.

Sewajarnya beras putih tidak naik harga berbanding beras ada serat.

Kerana beras putih hanya sekadar karbohidrat yang tanpa nutrisi utama iaitu serat.

Beras putih lebih rendah serat berbanding beras perang atau bijirin penuh yang lain.

Makan beras tanpa serat menyebabkan seseorang makan dalam kuantiti banyak untuk dapat mengenyangkan perut.

Selepas 3-4 jam, rasa lapar akan kembali kerana beras tanpa serat cepat dihadam menjadi gula.

Akan berlaku peningkatan tinggi insulin dalam darah yang menyebabkan berlaku masalah kencing manis.

Serat adalah komponen penting dalam diet yang sihat, kerana ia membantu dalam penghadaman, membantu mengawal paras gula dalam darah, dan menggalakkan rasa kenyang.

Oleh itu, jika anda ingin mengawal kencing manis, pilih bijirin penuh seperti beras perang, quinoa atau barli adalah pilihan yang lebih baik daripada beras putih.

Walau bagaimanapun, nasi putih masih boleh membekalkan karbohidrat yang mudah dihadam dan nutrien tertentu, seperti vitamin B dan mineral seperti besi dan magnesium.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Sedang Beras Putih naik harga ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.

Scroll to Top