Nisbah ukur lilit perut kepada tinggi penanda aras baru kesihatan

This post has already been read 1510 times!

Nisbah pinggang-ke-tinggi (WHtR) muncul sebagai penanda baharu untuk menilai tahap kesihatan metabolik, terutamanya berkaitan sindrom metabolik dan rintangan insulin.

Ukur lilit perut dibawah 40cm adalah dikategorikan sihat metabolik

Ia dianggap sebagai penunjuk yang lebih tepat daripada ukuran tradisional seperti BMI kerana ia mengambil kira pengagihan lemak di sekeliling perut, yang merupakan faktor kritikal dalam kesihatan metabolik.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa WHtR berkait rapat dengan rintangan insulin, menjadikannya alat yang berpotensi bernilai untuk menyaring sindrom metabolik, terutamanya dalam pesakit diabetes kategori 2.

Telah dilaporkan bahawa WHtR merupakan penanda aras klinikal memberi petunjuk peratusan lemak badan pada kanak-kanak dan remaja, dan ia boleh berguna dalam meramalkan kehadiran sindrom metabolik.

Nisbah dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan ketinggian seseorang individu.

Nilai WHtR  di bawah 0.50 sebagai berisiko rendah kepada kesihatan , 0.5 hingga 0.6 sebagai menunjukkan ambang menghampiri risiko tinggi, dan lebih daripada 0.60 sebagai berisiko tinggi diabetes dan penyakit

Ringkasnya, WHtR mendapat perhatian sebagai penanda metabolik baharu yang berpotensi memberikan pemahaman yang lebih tepat tentang status kesihatan metabolik individu berbanding BMI atau ukur lilit pinggang sahaja.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Jangan melawak dengan getah Pokok Rengas