1 min read

Pengumuman Perdana Menteri Sumbangan Asas Rahmah 2024

This post has already been read 206 times!

Alhamdulillah, sukacita saya maklum program subsidi bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan kembali bermula hari ini secara berperingkat. Sementelahan itu, program SARA telah ditambahbaik, dengan peruntukan melonjak lebih lima kali ganda kepada RM700 juta, ketimbang perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas.

Peruntukan yang lebih besar ini membolehkan Kerajaan menambah jumlah penerima SARA kepada 700,000, ketimbang 210,000 pada tahun lalu. Jumlah bantuan juga dinaikkan sehingga RM1,200, seganda jumlah daripada tahun lepas.

Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Insya-Allah, Kerajaan akan mengumum lebih banyak penambahbaikan kepada bantuan-bantuan lain bagi mengangkat ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan.

MalaysiaMADANI

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   JUMLAH BANTUAN TUNAI 2024