Persijilan Makanan sihat satu kemestian

This post has already been read 615 times!

Kajian sains terkini membongkar 99% makanan dipasaran adalah tidak sihat untuk manusia.

Ramuan yang digunakan tidak mengambil kira kesan jangka panjang keatas metabolik badan manusia.

Kebiasaannya harga ramuan seperti tepung, perasa kategori tidak sihat adalah murah. Ini menarik penyedia makanan menggunakan produk ini tanpa mengambil kira kesan kesihatan. Bagi mereka harga bahan mentah murah akan menjana lebih tinggi keuntungan.

Contoh lain ialah beras perbagai klon bukan organik bukti kejayaan kejuruteraan pengubahan genetik namun memberi ancaman besar kepada kesihatan manusia. Beras klon dihasilkan untuk meningkatkan pengeluaran seterusnya menawarkan harga murah. Tetapi kandungan karbohidrat (gula) tinggi dalam beras putih klon sangat merbahaya.

Daging buruk akibat diabetes
Kesan diabetes

Keadaan ini berbahaya kerana merupakan ancaman kesihatan.

Apa guna menghabiskan jutaan ringgit menjalankan kempen jaga kesihatan tetapi makanan tidak sihat terus dijual berleluasa dipasaran. Pesakit metabolik seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, gout, buah pinggang rosak,kanser terus meningkat.

Makanan yang dibeli sebenarnya mengandungi Toksik tersembunyi yang akan menyebabkan kesan kesihatan dalam tempoh 10 hingga 15 tahun mendatang. Lebih teruk apabila diambil saban  hari menyebabkan risiko terkena penyakit metabolik sangat tinggi.

Keadaan semakin meruncing ini tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

Satu sistem galakan seperti insentif untuk masakan sihat hendaklah diwujudkan. Setiap menu makanan sihat perlu mendapatkan logo khas dari institusi persijilan makanan sihat kebangsaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Ajaibnya Biji ketumbar dan manfaat kesihatannya