Hari lebaran bakal menjelang tidak lama lagi. Ramai sudah membuat persiapan menyambut hari lebaran ini. Sebahagian besar warga kota bakal pulang berhari raya bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Harap perantau Kelantan bertamadun
Islam ajar kebersihan kenapa masih ikut syaitan?
Tamaddun mana lah ini?
Kenapa tak Buang di negeri Kelantan?

Lebuhraya dan jalan raya di seluruh negara bakal mengalami kesesakan.

Penting diingatkan juga kesesakan lalu-lintas merupakan ujian kesabaran bagi semua pengguna jalanraya.

Sebahagian melepaskan kemarahan dengan membuang sampah semasa perjalanan.

Central Spine Road. Merapoh Pahang menuju ke Gua Musang Kelantan

Rekod setiap kali perayaan menunjukkan pengguna jalan raya terutama menuju ke negeri Kelantan gemar beramal dengan membuang sampah dibahu jalan.

Umpama pesta kerana jumlah sampah yang dibuang kuantiti besar hingga sukarelawan Jabatan Kerja Raya dan orang awam  terpaksa mengambil masa berjam-jam membersihkan bahu jalan berkenaan.

Sewajarnya orang islam mengutamakan kebersihan sentiasa membawa bersama bag sampah terutama untuk perjalanan jauh.

Perbuatan ini memalukan negeri yang diberi jolokan serambi Mekah tetapi berakhlak pengotor.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn