Pastikan Aidil Fitri dengan 3 Makanan Asas yang menjamin kesihatan manusia

This post has already been read 1219 times!

Juadah Aidil Fitri memang diakui sangat menyelerakan. Dengan lemang, ketupat, lodeh, meehun sup, nasi impit dan sate terhidang sukar untuk menolaknya.

Hidangan popular di hari raya

Namun perlu di beri ingatan tentang bahaya karbohidrat dan lemak ciptaan manusia. Lemak asli dari haiwan dan ikan bukan kategori lemak ciptaan manusia(Lemak trans) .

Tumpukan pemakanan kepada Tiga kumpulan asas yang dikenal pasti sangat diperlukan oleh badan untuk kekal sihat iaitu Protein, Serat dan Lemak.

Ramai fobia dengan lemak kerana tiada penerangan terperinci dilakukan.

Jangan makan hingga kenyang
Laksa dikategorikan makanan sihat  cuma makan sedikit laksa jangan lebih hingga kenyang

Protein adalah penting kerana 50% daripada membran di sekeliling setiap sel dalam badan adalah.

Penyakit badan anda tidak boleh sembuh tanpa protein mencukupi.  50% daripada membran di sekeliling setiap sel dalam badan adalah lemak.

Soto makanan seimbang dengan syarat jangan makan terlalu banyak

Adalah penting bahawa hormon seks manusia juga diperbuat daripada kolesterol, yang sebahagian besarnya diperbuat daripada lemak asli( Bukan lemak trans)

Lemak adalah nutrien penting dan organ paling memerlukan lemak dalam badan ialah otak, dan ia menyukai lemak.

Mitos Fobia lemak asli menyebabkan gemuk itu berada di Amerika selama kira-kira 30 tahun? Kini tiba masanya untuk memecahkannya. Ia tidak benar.

Karbohidrat antara lemak berbahaya. Begitu juga apabila anda melihat yogurt 100% bebas lemak, apa yang telah mereka lakukan terhadapnya dan bagaimana rasanya?  Apa yang mereka lakukan untuk menjadikannya sedap? Mereka mencampurkan dengan gula.

Adalah lebih baik makan lemak asli dari  ikan, ayam, telor dan daging berbanding  lemak-trans dengan gula.

Lemak ASLI  tidak menjadikan anda gemuk. Lemak-trans  berbahaya terdapat di dalam marjerin.

Serat adalah nutrien penting kerana serat menjaga kolon, serat merangsang pergerakan dalam kolon.

Baca Juga   Mengapa makanan diperap dengan garam lambat rosak

Karbohidrat tidak merbahaya jika diambil sedikit. Karbohidrat berbahaya apabila dimakan berlebihan dan jenis bertepung samada tepung gandum atmau tepung beras atau tepung ubikayu hendaklah dielakkan.

Kentang adalah tinggi pada indeks glisemik. Jadi jika anda penghidap diabetes, jangan makan melebihi tiga biji kentang sehari, fokus makanan rendah indek glesimik seperti ubi keledek,ubi keladi.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.