Akibat kufur nikmat rakyat Libya selepas kematian Gadaffi menangis merana entah sampai bila.
Renungan bersama Amaran Allah AZZAWAJALLA Akibat dari kufur NIKMAT
Surah Ibrahim, Ayat 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah KERAS”.
Kali ini kita merenung kembali Kisah pemberontak menggulingkan Presiden Libya Muammar Gadaffi pada tahun 2019.
“apa yang aku telah lakukan kepadamu, anakku,rakyatku.”
Ayat terakhir Muammar Gaddafi masih lagi menjadi igauan ngeri rakyat Libya.
Seorang yang banyak berjaya membina kemajuan di Libya, tetapi digulingkan oleh pemberotakan rakyatnya sendiri yang termakan hasutan jahat Eropah dan Amerika Syarikat.
Pembunuhan kejam selepas dibom bertalu talu oleh NATO di Sirte pada 20 Oktober 2011 itu, telah mengubah Libya yang dahulunya sebuah negara yang makmur menjadi negara gagal dalam sekelip mata.
Sehingga kini pertempuran di antara tentera Libya dan para pemberontak masih lagi berlarutan.
Rancangan Muammar Gaddafi yang mahu memperkenalkan dinar emas Afrika dan membuat pertukaran minyak melalui emas dan bukan kepada dolar Amerika tidak disenangi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Jika rancangan Gadaffi berjaya, nilai Euro dan dollar akan menjunam. Kesannya Eropah dan Amerika Syarikat akan jatuh miskin dalam masa singkat.
Untuk rekod Eropah khususnya Nato dan Amerika Syarikat berterusan menyerang Libya bermula 1986 untuk menumbangkan Gadaffi.
Amerika Syarikat dibawah pentadbiran Ronald Reagan memulakan serangan udara seawal 1986 menyebabkan kematian anak angkat Gadaffi berusia 1 tahun.
Eropah dan Amerika Syarikat begitu marah dengan Gadaffi kerana polisi pentadbiran Muammar Gaddafi yang memperkenalkan negara berkebajikan.
Kempen besar-besaran melalui media mempamerkan beliau sebagai diktator.
Media barat menggambarkan beliau sebagai seorang yang kejam, hidup bermewah-mewah dan membazir harta negara.
Rakyat diperbodohkan melalui media. Segala kebaikan yang dilakukan oleh Gadaffi tidak memuaskan rakyatnya.
Nikmat yang Allah kurniakan yang dikecapi dikufuri oleh rakyat Libya.
Beliau memperkenalkan projek air terbesar di dunia yang telah mengubah landskap Libya.
Asalnya, Libya adalah padang pasir yang kering kontang, berubah menjadi tanah subur yang boleh ditanam dengan segala tumbuhan.
Era pentadbiran Gadaffi segala-galanya hampir percuma termasuk
1) Kemudahan elektrik percuma,
2) Perkhidmatan perubatan percuma,
3) Pendidikan percuma semua peringkat, sama ada dilakukan di dalam negara mahupundi luar negara
4) Pinjaman bank tanpa faedah,
5) Pasangan baru berkahwin diberi 50 ribu dinar atau (RM49,000) supaya boleh membeli rumah.
Namun semua masih lagi tidak mampu mengekang kemarahan yang telah termakan fitnah Barat dan Amerika Syarikat, rakyatnya terus bangkit dan melancarkan memberontak terhadap Gadaffi. Ini dirancang oleh Barat dan Amerika Syarikat.
Muammar Gaddafi mati dibunuh oleh rakyatnya sendiri selepas dibom hebat oleh NATO.
Tidak cukup dengan itu, mayat Muammar Gadafi dan anaknya Mutassim dipamerkan tatapan awam untuk beberapa hari.
Mayatnya diperlakukan begitu dengan harapan rakyat dapat melihat mayat seorang pemimpinnya yang didakwa kejam.
Begitu juga dengan dunia sehingga ke hariini, campur tangan PBB dan negara-negara Eropah dalam menjatuhkan Gaddafi dilihat telah berjaya meranapkan negara Libya sehingga ke hari ini.
Masyarakat antarabangsa dan media negara kuasa besar tetap menyiarkan keburukan Muammar Gadhaf.
Tetapi sejarah telah memberi banyak bukti Gadaffi adalah singa Afrika.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.