Faisal Halim pula mangsa keganasan simbah asid ,TMJ Zahirkan kerisauan

This post has already been read 2278 times!

Sebelum ini negara digemparkan dengan kes pemain sayap Terengganu FC (TFC) Akhya Rashidyang cedera di kepala akibat dipukul dipercayai akibat dipukul dan menjadi mangsa samun.

Pada Ahad 5 Mei 2024, Malaysia digemparkan pula dengan insiden Bintang Harimau Malaya dan Selangor FC,Faizal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.

Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkemuka di Petaling Jaya. Berdasarkan beberapa foto di media Sosial kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.

Ketua polis Selangor Datuk Hussein Omar Han dilaporkan telah mengesahkan kejadian itu.

Penjenayah 2 orang menunggang sebuah motosikal dengan nombor pendaftaran palsu. Sebelum menyimbah asid, mereka mengucapkan “Good Luck”.

Faisal Hakim bersama keluarga untuk membeli barangan keperluan disebuah pasaraya di Petaling Jaya.

Dalam pada itu Tengku Mahkota Johor TMJ menzahirkan dukacita diatas kejadian berkenaan dan menggesa siasatan dilakukan segera untuk menangkap penjenayah berkenaan.

Kejadian ini mendukacitakan kerana menjelang saingan Piala Sumbangsih yang bakal berlangsung pada 10 Mei 2024.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perluasan Laluan Bas GoKL 14