Rompakan Emas Terbesar Negara pada Hari Kebangsaan 1994

  • Post author:
  • Post category:Info / polis

This post has already been read 3567 times!

Ketika seluruh rakyat Malaysia sedang bergembira menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 1994, satu berita rompakan paling besar dalam sejarah mengejutkan seluruh negara.

Polis mengesan ‘Geng Mamak’ suspek utama melarikan jongkong emas dari AS bernilai RM12 juta dari kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS).

Gambar 10 suspek yang dihebahkan oleh media

Jam 5 pagi 31 Ogos 1994, Polis menerima laporan berlaku rompakan jongkong emas di kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Jongkong emas dari Amerika Syarikat itu yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM12 juta telah lesap!

Pihak polis terus bergegas ke tempat kejadian. Salah seorang daripada pengawal yang diikat maklumkan rompakan tersebut dilakukan oleh pihak polis. Menerusi rakaman CCTV, sekumpulan penjenayah kelihatan berpakaian seragam anggota Polis.

Salah seorang suspek berpakaian seragam polis

Polis percaya taktik penyamaran dengan pakaian seragam polis untuk mengelirukan pengawal keselamatan. Kesemua mereka dipercayai merancang strategi rompakan dengan teliti. Rompakan hanya berlangsung selama 20 minit.

Bahkan, tarikh yang dipilih sangatlah sesuai memandangkan ramai kakitangan gudang tersebut mengambil cuti sempena Hari Kebangsaan.

Kumpulan Suspek menyerbu ke kompleks kargo

Pasukan penyiasat tidak berjaya mendapat bukti yang cukup seperti kesan cap jari untuk mengenalpasti kesemua suspek.

Dalam masa 11 tahun iaitu dari 1995 hingga 2006 PDRM memburu Geng Mamak, akhirnya kesemua 14 ahli kumpulan mereka berjaya diberkas. Walaubagaimanapun jongkong emas yang dirompak gagal ditemui.

Kes ini dibawa ke Makahmah Seksyen Petaling Jaya. Pihak pendakwa gagal mengesan cap jari bukti utama perbicaraan disamping pengawal keselamatan gagal mengecam wajah semua suspek.

Namun, salah sorang ahli geng bersetuju menjadi saksi pendakwa menceritakan aktiviti segala jenayah yang mereka lakukan. Maklumat yang diperolehi membawa kepada penangkapan kepala kumpulan tersebut, Sharif Abu Bakar.

Baca Juga   Berapa harga Kayu terMahal di dunia.
Suspek ketua Geng Mamak Sharif Abu Bakar
2 Suspek geng Mamak Rozlan dan Yusuf

Mengenai jongkong emas yang dirompak, kesemua emas-emas dipercayai dah dileburkan sebelum ianya dijual semula.

Saksi utama bagaimanapun telah hilang secara misteri dan sampai ke hari ini tidak dapat dikesan.

Disebabkan hal ini juga, pihak mahkamah terpaksa membebaskan kesemua suspek kerana pihak pendakwa gagal bawa saksi baru ke mahkamah.

Sehingga kini masih tiada sesiapa yang disabitkan bersalah di atas jenayah rompakan emas paling besar di Malaysia ini.

Setelah dibebaskan oleh mahkamah Geng Mamak ini kembali aktif dengan cara yang sama iaitu menyamar sebagai pegawai polis. Terakhir, pada tahun 2017, dua ahli mereka telah ditembak mati di dalam satu serangan tembakan bersama pihak polis.

Suspek Heng Mamak
Senjata tajam dirampas oleh Polis
Peralatan pecah rumah
Telefon bimbit dan peranti sorotan komputer
Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.