Perselisihan faham punca pembunuhan

This post has already been read 3240 times!

Kelima-lima tertuduh dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh seorang lelaki dalam kejadian tujuh tahun lalu.

KUALA TERENGGANU 10 Mei 2024- Mahkamah Tinggi di sini menjatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan ke atas lima lelaki termasuk dua beradik atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan hukuman itu terhadap Mohd Hafify Mat Nawi 31, dan adiknya, Mohd Uwais, 29, pada Khamis.

Selain itu, turut menerima hukuman sama ialah tiga lagi rakan tertuduh iaitu Aizz Amidie Aziz, 30, Mohd Rizalman Awang, 34, dan Zahaman Fairol Awang, 37.Mahkamah menjatuhkan hukuman itu selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der, 22, di kawasan paya di tanah lapang Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut antara jam 4.40 hingga 5.15 petang pada 21 Jun 2017.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memutuskan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.Hukuman penjara terhadap setiap tertuduh berkuat kuasa dari tarikh tangkapan pada 4 Oktober 2017.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam dari Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin dan Tetuan Hanif & Co.Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki dan lebih memilukan kejadian itu disaksikan abang mangsa dipercayai akibat perselisihan faham.

Dalam kejadian itu, mangsa, Nik Mohamad Sharulanuar dari Jalan Pantai, Kampung Teluk Bayu, Kuala Besut dikatakan ke kampung itu bersama abang dan seorang rakan untuk berbincang bagi menyelesaikan satu tuduhan yang dibuat terhadap mereka.

Baca Juga   Perluasan Laluan Bas GoKL 14

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.