Kebakaran Kereta Elektrik: Apa yang anda perlu risau tentang kereta EV?

Punca biasa kebakaran kereta elektrik ialah pek bateri kenderaan mudah menjadi panas apabila kereta dipandu untuk satu tempoh lama.

Sel bateri membekalkan arus tinggi untuk menggerakkan motor. Bateri sebenarnya mengeluarkan sejumlah haba. Sekiranya haba ini tidak dialirkan dengan pantas, bateri mengalami panas melampau akan pecah dan berlaku tindak balas kimia pada suhu tinggi menyebabkan percikan api. Api cepat merebak keseluruh kenderaan melalui pembakaran cat dan kabel dan karpet serta kusyen.

Kedudukan bateri di bahagian lantai kereta bertutup tanpa sistem penyejukan meningkatkan risiko bateri terbakar

Sistem keselamatan elektrik kereta EV sewajarnya dipertingkatkan dengan menambah fungsi menutup bekalan bateri secara automatik sekiranya berlaku litar pintas atau bateri mengalami peningkatan suhu tinggi.

Panel pemantauan juga sewajarnya memberi amaran suhu bateri untuk tindakan pemandu.

Sistem penyejukan bateri juga hendaklah direka supaya haba terjana pada bateri dapat dialih keluar dengan cepat.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada