Warga emas dibunuh anak sendiri menggunakan gunting

Pulau Pinang 14 Jun 2024 Seorang wanita warga emas 67 tahun maut ditikam dengan gunting oleh anak lelakinya dipercayai mempunyai masalah psikiatri. Lokasi kejadian di sebuah pangsapuri di Relau Pulau Pinang.

Menurut Ketua polis Daerah Timur Laut Assistent Komisiner Razlam Abdul Hamid, ia berlaku pada jam 5 petang dan suspek telah menghubungi serta memaklumkan kepada abangnya bahawa dia telah menikam ibunya.

Razdan berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan selepas menerima laporan daripada abangnya.

Dua anak mangsa cuba menghubungi ibunya berusia 67 tahun itu, namun ia tidak dijawab. Siasatan mendapati mangsa datang ke rumah peninggalan suaminya itu tiga hari seminggu bermula jumaat, manakala baki hari tinggal bersama anak sulungnya di Batu Maung.

Suspek dikatakan pernah membuat ugutan bunuh terhadap semua ahli keluarga. Selain itu suspek juga pernah dimasukkan ke wad rawatan psikiatri di Jalan Perak, pada tahun 2024,” katanya.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada