Tukang cuci pinggan gian mengendap dipenjara

This post has already been read 3276 times!

Seorang lelaki dipenjara 5 bulan selepas mengaku bersalah di mahkamah Majistret Batu Pahat pada 16 Jun 2024 diatas kesalahan mengendap wanita dalam sebuah tandas awam.

Pencuci pinggan Shiah Lai 24 tahun, yang turut mempunyai lapan rekod lampau termasuk mencuri sabun di kedai serbaneka membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Suhaila Safiuddin.

Tertuduh didakwa mengaibkan seorang wanita berusia 29 tahun dengan cara mengendapnya dalam tandas awam wanita ditingkat bawah Square One Shopping Mall Jalan Flora Utama jam 12:30 tengah hari 13 Jun 2024.

Berikuan itutertuduhdidakwa melakukankesalahanyang bolehdihukumbengikut seksyen509kanun keseksaandenganpenjara sehingga5 tahun ataudengandenda ataukedua-duanyajika sabitkesalahan.

Berdasarkan fakta kes pada hari kejadian mangsa dilaporkan menggunakan tandas awam terbabit sebelum melihat kelibat lelaki dari tandas sebelah.

Jeritan mangsa didengari pengawal keselamatan yang kemudiannya berjaya menahan tertuduh sedang bersembunyi dalam tandas bersebelahan lalu diserahkan kepada polis.

Selepas mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 5 bulan bermula dari tarikh tertuduh ditahan 13 Jun 2024.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Doktor mengendap doktor wanita mandi digantung tugas