1 min read

Ini punca masalah air Universiti Malaysia Sabah

This post has already been read 2307 times!

Sebahagian dari 654 sambungan curi air di sekitar Sepanggar yang menyebabkan masalah bekalan air ke UMS

Operasi berterusan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) sekitar Sepanggar menemui sebanyak 654 sambungan curi air oleh penduduk.

Sambungan curi air yang ditemui

Operasi tersebut dilakukan dengan agresif terutama di kawasan setinggan yang menjadi punca gangguan air ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan sekitarnya.

Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, jumlah 654 yang direkodkan itu bermula sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Menurutnya, terdapat 12 penempatan setinggan di Sepanggar telah dijalankan operasi memotong sambungan haram bekalan air ke rumah penduduk.

“Antaranya ialah Kampung Brunei, Kampung Suang Parai, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Jaya Diri, Taman Kingfisher Sulaman dan Kampung Bahagia.

“Selain itu turut dilakukan operasi ialah Kampung Delima, Kampung Lokub, Kampung Seri Maju, Platinum Tower Jalan Sepanggar, Jalan Sulaman dan Kampung Rakyat Baru,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, sambungan paip haram secara terus di paip utama JANS itu antara punca gangguan bekalan air kepada pengguna yang berdaftar.

“Namun menerusi operasi ini telah membantu JANS untuk meningkatkan bekalan air ke UMS,” katanya.

Isu bekalan air di UMS mendapat perhatian hangat apabila sekumpulan mahasiswa dan orang awam melakukan perhimpunan aman #KamiMahuAir Sabah di hadapan Menara Kinabalu, pada Jumaat 15 Jun 2024.

Bagaimanapun, kewujudan koloni setinggan di sekitar Sepanggar dan berhampiran UMS dipercayai punca bekalan air ke universiti tersebut terganggu apabila terdapat banyak sambungan haram dilakukan pada paip utama JANS.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   'Saya sangat bernasib baik': Penumpang Britain di SQ321 bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan ringan