SEORANG doktor berusia 36 tahun dihadapkan ke mahkamah majistret di Bahau, Negeri Sembilan pada Selasa 12 Mac 2024, atas dakwaan mencabul pekerja wanita. Bagaimanapun, Dr Mohamad Amin Razaly mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Norshazwani Ishak.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 25 tahun di sebuah klinik di Bandar Baru Serting dekat Bahau, kira-kira pukul 10.30 malam pada 19 Februari 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana daripada dua hukuman itu.
Kes dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, Farahidah Zool Beri dengan mahkamah menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Syarat tambahan Tertuduh dan ahli keluarga dilarang untuk menghubungi atau menganggu mangsa.
Dr Mohamad Amin memberitahu mahkamah bahwa dia tidak dapat membayar jaminan kerana tidak mempunyai pendapatan selepas menutup klinik buat sementara waktu.
Menurutnya, dia perlu menanggung dua anak yang masih bersekolah, bayi dan mempunyai komitmen lain selain tiada punca pendapatan lain.
Magistret Norshazwani kemudian menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan 29 April 2024 untuk serahan dokuman dan lantikan peguam.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.