Teman Wanita Minta Honda Dan iPhone 15 Pro,
Lelaki Bergaji RM2,000 Terpaksa Buat ‘pinjaman’ demi memenuhi desakan teman wanita atas nama percintaan.
Begitulah lelaki sudah dilamun cinta, sang jejaka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi permintaan si buah hati. Kadang-kala teman wanita pula seperti mengambil peluang membuat pelbagai permintaan sekaligus menyusahkan pihak lelaki di kemudian hari.
Ini kisah sedang tular seorang lelaki dengan identiti dirahsiakan berkongsi kisah mengenai hidupnya yang dilanda krisis kewangan ekoran permintaan teman wanita yang melampau-lampau..
Difahamkan lelaki berusia 26 tahun ini baru sahaja bekerja dalam tempoh empat bulan dengan gaji pokok sekitar RM2,000 sahaja.Teman wanitanya pula asyik menekan untuk membuat pembelian pelbagai barangan mewah tanpa memikirkan tahap kewangan lelaki terbabit.
Selain meminta cincin pertunangan, teman wanita turut memaksa membeli kereta Honda dan lebih mengejutkan mahu sebuah iPhone 15 Pro sebagai hadiah.
Lebih mengejutkan elaki itu mendedahkan dia sanggup buat pinjaman demi memenuhi permintaan teman wanita. Dia akui kini sedang runsing dengan perangai teman wanita yang suka meminta barangan mahal tanpa memikirkan keadaan ekonominya yang masih tidak stabil.
Dia berbuat sedemikian atas faktor sangat menyayangi wanita.
Perkongsian lelaki itu menjadi viral di kalangan pengguna platform X. Rata-ratanya netizen meminta lelaki itu untuk meninggalkan wanita tersebut kerana akan menyusahkan diri di kemudian hari.
Malah, ramai menasihatkan lelaki terbabit untuk fokus mencapai matlamat hidup dan mengembirakan keluarga terlebih dahulu sebelum ambil kisah fasal percintaan.
Percintaan jenis apa sehingga ketahap menyusahkan diri sendiri. Lelaki sewajarnya tampil dengan perwatakan bijak bukan jadi bodoh angkara percintaan yang belum tentu kesudahannya.
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.