Warga Los Angeles metropolitan mula berasa akibat buruk dari penggunaan telefon pintar tertutamanya murud sekolah mula mengambil langkah drastik menangani kebimbangan kesan penggunaan telefon pintar terhadap kesihatan mental golongan muda.

Lembaga Pendidikan Daerah Sekolah Bersepadu Los Angeles, yang menguruskan daerah sekolah kedua terbesar di AS, mengarahkan kakitangan untuk merangka rancangan  mengawal penggunaan telefon pintar sepanjang hari persekolahan.

“Sekolah yang telah melaksanakan hari persekolahan tanpa telefon melaporkan keputusan yang luar biasa — kanak-kanak lebih gembira, mereka bercakap antara satu sama lain, akademik mereka meningkat,” kata ahli lembaga pengarah Nick Melvoin, yang mencadangkan larangan itu.


“Jadi saya benar-benar fikir ini adalah idea yang sudah tiba masanya untuk dilaksanakan.” Resolusi itu memetik penyelidikan yang menunjukkan penggunaan telefon bimbit tidak terkawal dikaitkan dengan peningkatan kes tekanan, kebimbangan, kemurungan, masalah tidur, emosi tidak stabil dan pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan remaja.


Kawalan penggunaan telefon pada siang hari telah memberi impak  peningkatan markah pada ujian piawai dan peperiksaan akhir.


Rancangan serupa sedang diperluaskan di Florida, Oklahoma, Kansas, Vermont, Ohio, Louisiana dan Pennsylvania.


Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

advanced-floating-content-close-btnForum link.
advanced-floating-content-close-btn
advanced-floating-content-close-btnKlik Lazada