This post has already been read 1990 times!

Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara!

Josue berkata ketika ini beliau terpaksa menampung kehidupan hariannya dengan menggunakan wang simpanan peribadinya untuk meneruskan kelangsungan hidup. – lapor Stadium Astro

DALAM ketika semua pasukan boleh dikatakan sedang menarik nafas lega selepas baru saja melepasi pelbagai halangan untuk mempersiapkan diri bagi mengahadapi musim Liga Super 2024/25, siapa sangka ada lagi kisah malang pemain yang tidak dibayar gaji berkumandang.

Terbaharu pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.

Pemain berasal dari Brazil itu mendakwa bahawa, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mengingati bilakah tarikh tepat yang terakhir dia dibayar gaji oleh KL City kerana disebabkan terlalu lama dia bermain secara percuma untuk kelab tersebut.

Bahkan jelas pemain bernasib malang itu lagi, ketika ini beliau terpaksa menampung kehidupan hariannya dengan menggunakan wang simpanan peribadinya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac 2024 lalu namun situasi tersebut tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar adalah pada Disember 2023,” katanya kepada media.

Menurutnya lagi, beliau pernah berbincang dengan pihak pengurusan KL City untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keluar dari kemelut itu namun hanya dihidangkan dengan janji yang akhirnya kosong semata.

“Itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya!

Ramai bertanya sudah tujuh bulan (tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi?..saya kekal kerana sayangkan pasukan,” jelasnya lagi.

Baca Juga   Penguatkuasaan alih kenderaan tersadai seluruh Kuala Lumpur

Kalau tak mampu bayar gaji tutup sahaja kelab. Pemain pun hilang semangat untuk bermain dengan gaji tertunggak begitu lama. Mereka juga perlu menyara kehidupan.

Memerah keringat pemain dalam pertandingan kemudian tidak dibayar upah sebagaimana dijanjikan. Ini zalim namanya

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay