1 min read

[Video]Kecoh Bapa berang anak kena kad merah mengamuk batang besi

This post has already been read 2725 times!

KUALA PILAH: Peminat bola sepak kesal apabila masih ada bapa pelajar yang berlagak samseng dan cuba mencetuskan provokasi selepas anak mereka yang bermain di padang dilayangkan kad merah.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku dalam satu kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuala Pilah, seorang bapa yang berang selepas anaknya menerima kad merah dipercayai cuba memasuki padang sambil membawa sebatang objek dipercayai sebatang besi.

Tindakan bapa itu bagaimanapun dihalang pegawai MSSM dan seorang anggota RELA merampas objek yang dibawa.

Anggota RELA kemudian menenangkan bapa berkenaan sebelum dia bersama anaknya berlalu pergi meninggalkan padang perlawanan.

Video yang tular itu turut menyaksikan pertengkaran mulut antara bapa pelajar dengan anggota RELA dan pegawai kejohanan namun keadaan dapat dikawal.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan Datuk Dr Roslan Hussin, berkata kejohanan bola sepak itu adalah anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jadual perlawanan membabitkan beberapa venue di seluruh negara.

Pengadil perlawanan dilantik pihak MSSM dan bukan dalam kalangan guru di negeri ini.

“Pihak sekolah yang menjadi venue perlawanan sudah mengambil tindakan sewajarnya termasuk aspek kawalan keselamatan terutama dalam menghadapi kerenah penyokong di luar padang. “Semua prosedur kawalan keselamatan juga dipatuhi bagi menangani situasi yang berlaku seperti video yang tular,” katanya.

Sementara itu katanya, kejadian berkenaan sudah diselesaikan secara baik dan berharap ia menjadi pengajaran kepada semua pihak.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   [Video]Begini keadaan Stadium Bukit Jalil 3 hari sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2024