KUALA LUMPUR: Keberanian Kapten KL City Paulo Josue menyuarakan penindasan majikan Liga Super terhadap pemain dan jentera pashukan mendapat reaksi luarbiasa daripada orang ramai.
Kelab bola sepak Malaysia -terkenal dengan sikap tidak bertanggungjawab menindas pemain dan anggota pasukan gaji tidak dibayar berbulan-bulan.
Ramai pemain, takut akan hukuman dan kontrak mereka tidak diperbaharui oleh kelab jika menyuarakan penderitaan yang dialami, telah memilih menahan derita dengan diam.
Bila ada pertandingan kemenangan ditagih oleh kelab tetapi gaji pemain dan anggota pasukan tidak dibayar berbulan-bulan. Sikap suka menindas ini amat mendukacitakan.
Tunggakan gaji telah menjadi masalah kronik dalam Liga-M selama bertahun-tahun, pemain “diberi amaran” oleh kelab mereka untuk berdiam diri demi kelab.
Paolo Joshue memberanikan diri membuat pendedahan mengejutkan rakyat Malaysia beliau tidak dibayar gaji oleh kelab selama tujuh bulan sejak Disember 2023.
Apakah kesalahan Joshua kelahiran Brazil yang telah menjadi pemain naturalisasi untuk Harimau Malaysia, ditindas sebegini rupa
“Saya bersuara kerana ada pemain, fisioterapi dan kakitangan sokongan yang berpendapatan kira-kira RM3,000-4,000 sahaja sebulan, dan tidak dibayar sejak Januari. Kontrak mereka tamat pada November lalu,” kata Josue.
“Saya melihat mereka bergelut, dan mereka telah menghubungi saya mengenainya. Walaupun pengurusan (KLCity) cuba membantu, masih tiada penyelesaian. Saya mempunyai suara, jadi saya menggunakannya untuk bersuara untuk mereka.”
Usaha Josue nampaknya mempunyai kesan yang diharapkan, kerana kenyataan awamnya telah menarik perhatian media dan mendorong penaja dan pihak berkaitan untuk bertindak. “Saya percaya langkah ini berjaya mendorong penaja membayar kami. Saya harap dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, gaji (bagi pasukan KLCity) akan sampai,” kata Josue selepas membantu KL City menang mengejut 1-0 ke atas pasukan pilihan Selangor dalam perlawanan derby Lembah Klang di Stadium KLFA pada Ahad 14 Julai 2024.
Kontrak Joshue dengan KLFA sehingga 2025, berharap isu gajinya dapat dinoktahkan dengan segera.
Pemain tengah Harimau Malaya Josue cemerlang dalam aksi Piala Asia di Qatar pada Januari 2024. Dia turut terlibat dalam keputusan seri 3-3 Malaysia dengan Korea Selatan yang hebat, menjadi pemain yang menghantar bola kepada Romel Morales untuk menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan.
Dan dia adalah wira dengan peminat KL, telah memainkan peranan penting dalam kemenangan mengejut 2-0 pasukan kota itu ke atas Johor Darul Ta’zim pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.
Kini, Josue juga telah menjadi wira bagi isu kezaliman gaji dalam Liga-M.
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.