Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai, suasana hiba diperkarangan jabatan forensik Hospital Sungai Buloh
1 min read

Bedah siasat Nur Farah Kartini selesai, suasana hiba diperkarangan jabatan forensik Hospital Sungai Buloh

This post has already been read 5512 times!

Proses bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) , bermula 14:00 telah selesai pada jam 18.10 16 Julai 2024.

Sebahagian ahli keluarga Nur Farah Kartini

Kira-kira jam 17:45 kelihatan dua lelaki membabitkan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, dan seorang lagi ahli keluarga dipanggil masuk ke bilik mayat.

Tidak lama kemudian, mereka dilihat keluar dari bilik mayat dan suasana di tempat menunggu bertukar hiba apabila kedua-duanya dilihat sebak serta menitiskan air mata sehingga ahli keluarga lain turut hiba.

Nur Farah Kartini, 25, yang dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan pada 10 Julai 2024 , ditemui mati di kawasan tidak jauh dari FELDA Gedangsa, Hulu Selangor pada Isnin 15 Julai 2024.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota polis berpangkat koperal dari Balai Slim River bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Suspek direman selama tujuh hari hingga 22 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   'Kerana dua anak kecil, isteri ditolak suami jatuh gaung nekad panjat bukit 9 jam'