Kuwait Finance House akan menghentikan operasi di Malaysia
1 min read

Kuwait Finance House akan menghentikan operasi di Malaysia

This post has already been read 6669 times!

Kuwait Finance House dilaporkan ingin menghentikan operasi mereka dalam pasaran Malaysia.

Kuwait Finance House atau juga dikenali sebagai KFH merupakan pemberi pinjaman Islam asing pertama negara yang telah beroperasi selama 19 tahun di Malaysia.

Semalam mereka telah mengumumkan untuk menghentikan operasi mereka di Malaysia bagi memberi fokus kepada bisnes mereka di timur tengah.

KFH merupakan syarikat pinjaman yang dimiliki sepenuhnya oleh pemegang saham yang berasal dari Timur Tengah.

Syarikat kewangan antarabangsa ini merupakan bank terbesar di Kuwait dan juga merupakan bank islam kedua terbesar di dunia.

Difahamkan, selain Malaysia, Kuwait Finance House tidak mempunyai operasi di negara lain di Asia.

Menurut wakil syarikat tersebut, penutupan syarikat tersebut adalah selari dengan kajian strategik perniagaan antarabangsanya untuk memfokus dan mengembangkan pasaran serantaunya di Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Timur Tengah.

Menurut pemfailan kewangan terkini di laman webnya untuk sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2023, jumlah aset KFH Malaysia berjumlah RM7.46 bilion, menyusut daripada RM10.79 bilion pada Tahun Kewangan 2016.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Kenneth Low terpaksa kerja sebagai tukang cuci dan pelayan untuk kelangsungan hidup