[ Video] Anggota polis cedera, terkena libasan pisau pemotong daging
1 min read

[ Video] Anggota polis cedera, terkena libasan pisau pemotong daging

This post has already been read 13017 times!

13 Ogos 2024, 8:21pm

IPOH: Seorang anggota polis cedera di bahagian siku selepas berlaku pergelutan menangkap seorang lelaki yang bersenjatakan pisau pemotong daging di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Dato Panglima Bukit Gantang Wahab.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata dalam kejadian pada 13 Ogos 2024 itu, anggota polis berkenaan bersama pasukan dari Balai Polis Pusat di kawasan pentadbiran Balai Polis Pusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh menuju ke lokasi kejadian itu selepas menerima panggilan jam 2.45 petang.

“Suspek bertindak agresif dengan melibaskan pisau terbabit beberapa kali ke arah pihak polis apabila diminta melepaskan senjata itu di tempat kejadian.

“Berlaku pergelutan untuk menahan lelaki berkenaan, seorang anggota cedera di siku kiri namun suspek tidak mengalami sebarang kecederaan.

Selepas tangkapan dibuat, suspek dibawa ke Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut dengan bantuan dari anggota Unit Kereta Peronda (MPV). Senjata digunakan turut dirampas,” katanya.

Katanya lagi, suspek beralamat di Taiping itu mempunyai empat rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta sembilan rekod kesalahan dadah.Kata Abang Zainal Abidin, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Jelasnya lagi, suspek dibawa ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani rawatan awal memandangkan disyaki mempunyai masalah mental.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Teruknya dah bersuami dan punya anak tiga pun pakat dengan kekasih ugut minta RM2,000 dari suami