Mayat budak perempuan 10tahun dalam paya disahkan mati akibat dicekik, rogol
1 min read

Mayat budak perempuan 10tahun dalam paya disahkan mati akibat dicekik, rogol

This post has already been read 10915 times!

IPOH: Berita Harian melaporkan mayat Kanak-kanak Orang Asli yang ditemukan mati di kawasan berpaya perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini selepas dilaporkan hilang sejak semalaman, disyaki mati akibat dibunuh, selain dipercayai turut dirogol.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata susulan itu kes yang pada mulanya diklasifikasikan mati mengejut (SDR), diklasifikasi semula kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kerana membunuh.

Katanya, ia susulan keputusan hasil bedah siasat yang selesai dijalankan jam 4 petang tadi ke atas mayat mangsa yang mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa.

“Susulan itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa ditahan polis sekitar jam 5.30 petang tadi bagi membantu siasatan,” katanya..

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Lelaki Bisu Maut, Ibu Cedera Dalam Kes Samun Bersenjata Di Pulau Pinang Seorang suspek diberkas

One thought on “Mayat budak perempuan 10tahun dalam paya disahkan mati akibat dicekik, rogol

  1. Pembunuhan kejam semakin menjadi2. Apakah undang2 sedia ada tidak berkesan langsung?

Comments are closed.