Cara mudah Penjual Topi Keledar diperdaya dengan teknik bayaran pindah online palsu
1 min read

Cara mudah Penjual Topi Keledar diperdaya dengan teknik bayaran pindah online palsu

This post has already been read 5507 times!

Peniaga sewajarnya menggunakan kaedah pembayaran qrpay yang lebih telus dan selamat dari diperdaya.

Kejadian berlaku di Kuantan, Pahang, 25/8/2024 Ahad, pukul 8.20mlm Sebuah kedai menjual topi keledar Jepun dikunjungi oleh pelanggan satu pasangan berkemungkinan suami isteri.

Suspek memilih topi keledar Arai Nishikigikoi + visor semi blue, bernilai RM4150 dan 1 biji helmet Zeus gj609 bernilai RM220.

Suspek juga ada membeli barangan lain berjumlah RM350.

Sejurus masuk ke kedai Suspek terus bertanyakan tentang kedudukan helmet ARAI dan memilih helmet Arai yang dikehendakinya serta memilih sebijik helmet Zeus. yanbSuspek pilih 1 biji .

Suspek juga ada memilih beberapa barangan lain bernilai RM350.00

Suspek kemudian meminta untuk membuat “ONLINE TRANSFER”.

Namun apabila disemak jumlah berkenaan, TIADA nilai yang dipindahkan.

Suspek pura-pura menghubungi bank untuk membatalkan transaksi. Kemudian suspek meyakinkan pekedai bahawa bank memberi transaksi tak boleh dibatalkan dan duit “CONFIRM” masuk keesokan harinya.

Pasangan ini dilaporkan telah memperdayakan sebuah kedai telefon juga di Kuantan dengan melarikan dua buah telefon bernilai RM2,000.00

Peniaga dinasihatkan tidak mempercayai jenis “online transfer” sehingga disahkan bayaran telah masuk akaun. Cara lebih selamat meminta pelanggan membuat bayaran menggunakan kaedah QR Pay.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Jangan terkejut pernah ada bas dari London ke Calcutta sejauh 32,000km