Bantuan Warga Emas (BWE) bertujuan untuk membantu warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Kadar bayaran BWE: RM500 sebulan seorang
Kelayakan
1) Warganegara yang bermastautin di Malaysia
2) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
3) Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
3.1)Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau
3.2) Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
4) Warga emas yang bukan tinggal di:
Institusi kendalian JKM; atau
Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma
Cara memohon
Urusan permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan penyata gaji (jika ada); dan Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
1) JKM 18 Borang Permohonan Bantuan;
Atau
2) JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Related posts:
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.