Sila baca sepenuhnya. Jangan hanya baca setakat tajuk sahaja
Teka teki mengenai tarikh bayaran STR fasa 3 akhirnya terjawab apabila Kementerian Kewangan pada 22 Jun telah mengeluarkan siaran media mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 3.

Mengikut jadual asal bayaran fasa 3 STR adalah pada bulan Julai 2023.
Namun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil inisiatif mengawalkan bayaran sebelum Hari Raya Aidiladha yang bakal disambut pada 29 Jun 2023.
“Langkah Ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat,” kata YAB Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Bila Sebenarnya Tarikh Bayaran STR Fasa 3?
Secara rasminya tarikh bayaran STR Fasa 3 bermula pada hari Isnin 26 Jun 2023.
Bayaran ini akan dibuat secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
Bagi mereka yang mempunyai akaun bank, tarikh pembayaran adalah mulai 26 Jun hingga 5 Julai 2023 yang akan dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Manakala bagi yang tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), pembayaran tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Jun 2023 (Isnin).
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini [ Bayaran STR Fasa 3: Bila Duit Masuk? ] dan sementara kami berusaha untuk memastikan maklumat terkini dan betul, kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan dalam apa jua bentuk, nyata atau tersirat, tentang kesempurnaan, ketepatan, kebolehpercayaan, kesesuaian atau ketersediaan dengan menghormati laman web atau maklumat, produk, perkhidmatan, atau grafik berkaitan yang terkandung pada siaran untuk sebarang tujuan.