Menoreh getah tahun 70an hingga 90an merupakan aktiviti utama penduduk selain bersawah padi dan menternak haiwan.
Kebanyakan penoreh getah diera berkenaan mula bekerja seawal 3 pagi. Kawasan kebun getah diterangi sinaran lampu karbait memandu pergerakan penoreh getah dalam kegelapan pagi.
Bahanapi menggunakan kabait yang mengeluarkan gas boleh menyalakan api apabila dititik dengan air.
Titik air laju akan meningkatkan jumlah gas dan seterusnya nyalaan api lebih besar.
Nozel perlu dicuci setelah selesai menoreh untuk mengelakkan dari tersumbat
Penafian
Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja.