This post has already been read 3956 times!

Gangguan Sistem komputer AirAsia dan Firefly- gambar FMT

Penerbangan dihentikan, bank dan perniagaan terhenti selepas gangguan IT besar melanda perkhidmatan Microsoft. Media melaporkan Lapangan terbang di AS, Malaysia dan Australia terjejas, dengan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS meminta Frontier Airlines, yang terjejas teruk akibat gangguan itu, untuk menjeda pelepasannya. —

KUALA LUMPUR, 19 Julai — Sistem Microsoft di seluruh dunia mengalami gangguan teknikal, ekoran firma keselamatan siber Crowdstrike baru-baru ini mengumumkan kemas kini sensor Falconnya.

Menurut Sydney Morning Herald (SMH), CrowdStrike telah menyatakan bahawa ia mengetahui laporan ranap pada hos Windows yang berkaitan dengan sensor Falcon. Lapangan terbang di AS, Malaysia dan Australia terjejas, dengan Persekutuan Pentadbiran Penerbangan AS meminta Frontier Airlines, yang terjejas teruk akibat gangguan itu, untuk menangguhkan pelepasannya.

Gangguan Sistem Komputer di Lapangan terbang Cebu Filipina

Gangguan itu juga telah menjejaskan telekomunikasi, bank dan pasar raya malah menjejaskan sistem polis di New South Wales.

Di Malaysia gangguan ini melibatkan AirAsia, Firefly, Perkhidmatan ERL dan KTMB.

Microsoft menyatakan awal hari ini: “Kami sedang menyiasat isu yang memberi kesan kepada keupayaan pengguna untuk mengakses pelbagai aplikasi dan perkhidmatan Microsoft 365.”

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

Baca Juga   China Pengeluar Emas terbesar dunia

 

Perlu Bantuan?
ms_MYMalay