[Video] Diskaun besar Kereta EV di Korea kesan EV phobia
1 min read

[Video] Diskaun besar Kereta EV di Korea kesan EV phobia

This post has already been read 7611 times!

EV phobia melanda Korea Selatan berikutan kebakaran Mercedes EV menyebabkan rentung 140 kereta diparkir bawah tanah sebuah pangsapuri.

Bangkai kereta Mercedes EV yang rentung

Dalam kejadian pada 1 Ogos 2024, sebuah kereta EV Mercedes-Benz di parkir bawah tanah itu terbakar yang turut menyebabkan 140 buah kenderaan lain musnah atau rosak.

Kebakaran besar berkenaan menyebabkan sebilangan penduduk di pangsapuri berkenaan terpaksa berpindah. Pihak bomba mengambil masa 8 jam memadam kebakaran.

Saat kebakaran bermula

Bateri EV di perbuat berasaskan lithium mudah terbakar sendiri apabila suhu udara sekitar mencecah 30°C. Percikan api yang marak dalam tempoh milisaat menyukarkan untuk menyelamatkan diri dan memadamkannya.

Deretan sebahagian dari 140 buah kereta yang terlibat

Sehingga kini tiada bahan khas untuk memadam kebakaran bateri EV.

Kesan dari kejadian berkenaan mencetuskan kebimbangan rakyat Korea Selatan terhadap keselamatan kereta EV dan memberi kesan besar kepada jualan kereta EV di Korea Selatan.

Beberapa Jenama utama kereta EV telah menawarkan diskaun besar-besaran bertujuan mengimbangi kemerosotan jualan.

Penafian

Maklumat yang terkandung dalam siaran ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. 

 

Baca Juga   Perluasan Laluan Bas GoKL 14