Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?

LAIN orang, lain cara mengisi minyak kereta masing-masing. Ada yang sekadar isi cukup-cukup untuk bergerak lima hari bekerja saja, dan ada pula lebih selesa isi penuh apabila takah meter menunjukkan satu bar. Jadi mana satu paling betul dan elok?

Adakah mengisi minyak penuh mendatangkan masalah kepada enjin? Ataupun isi sedikit-sedikit yang bermasalah?

LEBIH ELOK ISI PENUH

Cara betul, isilah minyak penuh. Kenapa? Ini bagi mengelak risiko karat dalam tangki minyak rizab jika kereta anda jarang dipandu. Pengewapan dalam tangki yang tidak penuh atau kosong boleh menyebabkan berlaku masalah karat.

Jika kereta selalu dipandu setiap hari, itu tiada masalah sekiranya tidak mengisi minyak penuh. Namun, lebih baik jika diisi penuh kerana bergantung ppula kepada poket masing-masing. Selain mengelak risiko karat dalam tangki, anda juga tidak perlu kerap melawat stesen minyak.

PERATURAN ISI PENUH

Jangan mengada tiru aksi ini. Dah kenapa nak kena on lighter?

Isi petrol penuh memang disarankan, tetapi jangan pula sampai melimpah kerana tangki minyak juga perlukan ruang untuk udara supaya petrol boleh mengembang. Kalau ruang dalam tangki penuh dengan petrol, udara boleh menembus keluar menerusi ventilator hingga kabin berbau petrol, dan turut membazirkan petrol.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares