Episod 2 – KEHILANGAN MISTERI JET PENGASAS COKLAT KANDOS!

Menyingkap kronologi kejadian, kira-kira 10 minit berlepas dari Subang, radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan jet itu di skrin radar tetapi `blip’ pesawat hilang beberapa minit kemudian. Kehilangannya mungkin disebabkan pesawat itu diterbangkan pada aras rendah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kira-kira jam 8.56 malam, hubungan radio antara juruterbang Jet Lear LR35 dengan pegawai di menara kawalan terputus. Juruterbang Balkan Air, Kapten Raihov dilaporkan mendengar kawat radio jet Lear LR35 (November 482 Uniform Menara Colombo… kamu mendengar kami? (Nov 482 adalah nama rahsia untuk pesawat Lear LR35) ketika berada dalam penerbangan ke Soviet.

Agak menghairankan, sejak hari kejadian, pasukan mencari dan menyelamat langsung tidak menemui sebarang bukti atau petunjuk tempat nahas berlaku, sekurang-kurangnya cebisan pesawat. Kini, fail siasatan juga sudah ditutup kerana menemui jalan buntu.

See also  Tidak berhati perut pada kucing!

Bagaimanapun, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bersedia membuka semula fail jika terdapat penemuan baru tetapi kini kertas siasatan itu dianggap sebagai fail mati dan tidak lagi menjadi keutamaan jabatan.

Berikutan kegagalan mengesan pesawat, pelbagai andaian dibuat, ada mengatakan pesawat itu disabotaj termasuk diletupkan tetapi ia tidak tepat kerana tiada sebarang bukti ditemui mengaitkan kegiatan itu bahkan keluarga mangsa tidak pernah menerima sebarang ugutan atau wang tebusan.

KRONOLOGI SIASATAN .

16 Februari 1983

Siasatan awal DCA Malaysia mendapati pesawat bergerak terlalu pantas. Radar TUDM Butterworth mengesan pesawat itu dari ruang udara Batu Arang dan tujuh minit kemudian tidak kelihatan di layar radar jam 8.56 malam Ahad (hari kejadian).

See also  Covid-19: Saudi gantung sementara visa umrah

Jam 9.03 malam lampu `blip’ pesawat padam dan hilang pada skrin radar. Ketika itu pesawat berkenaan berada kira-kira 20 batu nautika dekat pantai Sumatera.

Pasukan khas Malaysia menghentikan operasi mencari dan menyelamat tetapi anggotanya diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan bersedia memberi bantuan jika diperlukan pasukan Indonesia.

17 Februari 1983

Satu bungkusan alat keselamatan dipercayai milik jet Lear LR35 ditemui seorang nelayan kira-kira 60 batu nautika ke timur Medan, Selat Melaka.

Bagaimanapun, siasatan lanjut mendapati bungkusan itu bukan milik jet berkenaan.

19 Februari 1983

Serpihan pesawat ditemui di Pulau Berhala, Indonesia. Pihak berkuasa menafikan ia milik jet Lear LR35 kerana serpihan yang ditemui itu diperbuat daripada gentian kaca, sebaliknya pesawat malang berkenaan adalah daripada besi.

See also  PRNSabah STATISTIK KESELURUHANBAGI DUN PRU SABAH.

28 Januari 1984

DCA Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka mengumumkan secara rasmi pemberhentian siasatan dan operasi mencari pesawat Lear LR35 kerana rangkanya gagal ditemui.

Mangsa Nahas

Philip Upali Wijetawardene
S M Ratnam (rakyat Malaysia)
A S Peli Mahendran (Pengarah Perdagangan Upali)
A Senanayake (pramugara)
Kapten Anandappa (juruterbang)
Kapten Soyza (juruterbang).

Sekian!

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Episod 2 - KEHILANGAN MISTERI JET PENGASAS COKLAT KANDOS! " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

370444
Users Today : 2207
Users Yesterday : 3149
Users Last 7 days : 14625
Users Last 30 days : 65850
Users This Month : 59462
Users This Year : 370443
Total Users : 370444
Views Today : 3062
Views Yesterday : 4709
Views Last 7 days : 21832
Views Last 30 days : 101442
Views This Month : 91609
Views This Year : 570675
Total views : 570676
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-11-29
0Shares