Rebah dan meninggal dunia selepas hantar pesakit, KKM sahkan pemandu ambulans negatif Covid-19

PEMANDU ambulans yang dilaporkan meninggal dunia selepas menghantar pesakit Covid-19 dalam satu kejadian di Perak semalam, disahkan negatif pandemik tersebut.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil beberapa ujian saringan COVID-19 yang dilakukan Allahyarham sebelum ini adalah negatif.

“Pesakit (pemandu ambulans) ada sejarah penyakit lain yang sedang dalam rawatan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kematian. Yang pasti, ada beberapa penyakit lain, ” menurutnya menerusi aplikasi Whatsapp kepada Bernama pada Selasa.

See also  Guru Yang Juga Isteri Kepada Ahli Politik Kedah positif Covid-19, SK Permatang Janggus ditutup

Bagaimanapun Dr Noor Hisham enggan mengulas lanjut ketika ditanya berhubung perkara itu.

Tular di media sosial sejak semalam tentang pemandu ambulans itu yang dikatakan meninggal dunia selepas menghantar seorang pesakit C0VID-19 ke sebuah hospital di Perak.

See also  ❗❗❗KEHILANGAN KENDERAAN❗❗❗

Gambar pemandu ambulans itu tular dalam keadaan terbaring dengan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) serta dikerumuni beberapa petugas kesihatan yang cuba memberikan bantuan kecemasan.

Difahamkan, pemandu ambulans berkenaan menghidap penyakit asma dan sewaktu kejadian, Allahyarham dipercayai keletihan sebelum tidak sedarkan diri. – BERNAMA

See also  Dou Dou lambang kesetiaan seekor anjing
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rebah dan meninggal dunia selepas hantar pesakit, KKM sahkan pemandu ambulans negatif Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156113
Users Today : 903
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24508
Users Last 30 days : 79937
Users This Month : 49838
Users This Year : 156112
Total Users : 156113
Views Today : 1646
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 37158
Views Last 30 days : 123200
Views This Month : 76477
Views This Year : 238867
Total views : 238868
Who's Online : 4
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-18
0Shares