Lelaki ludah pekerja kedai ditahan

SINAR HARIAN
NOOR AINON MOHAMED | | 2 Disember 2020

IPOH – Polis menahan seorang lelaki berhubung kes memaki dan meludah seorang wanita yang bekerja di sebuah kedai runcit di Lahat, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, Bahagian Siasatan Jenayah melakukan siasatan selepas menerima laporan daripada wanita tersebut pada jam 2.50 petang.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 malam kelmarin, apabila suspek tersebut didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

See also  Tersilap layari laman sesawang bank palsu

“Apabila ditegur, suspek mengeluarkan kata makian dan meludah mangsa menyebabkan pergaduhan hampir tercetus namun, berjaya dihalang oleh pekerja lain,” katan

Menurutnya, kejadian itu turut dirakam salah seorang pekerja dan telah tular di media sosial.

“Suspek berusia 47 tahun itu ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan. Suspek mengaku berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

“Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah. Suspek dikenakan kompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

See also  Pemandu lawan arus di Plaza Tol Sunway disahkan mabuk

Tambah A Asmadi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gaduh gempar di tempat awam dan berkelakuan aib.

Beliau turut menasihatkan orang awam untuk tidak menularkan video rakaman kejadian itu kerana boleh mendatangkan kemudaratan dan menggugat keharmonian kaum selain kes tersebut dianggap selesai.


Video berdurasi 36 saat itu tular di media sosial memaparkan pertengkaran lelaki tersebut selepas ditegur tidak memakai pelitup muka dan tidak menulis maklumat pada buku rekod.

See also  Lelaki mabuk pandu kereta lawan arus ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki ludah pekerja kedai ditahan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148578
Users Today : 185
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23884
Users Last 30 days : 79976
Users This Month : 42303
Users This Year : 148577
Total Users : 148578
Views Today : 243
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36529
Views Last 30 days : 122745
Views This Month : 64659
Views This Year : 227049
Total views : 227050
Who's Online : 12
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares