Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki

Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki

10.12.2020

BACHOK: Seorang wanita sanggup menyamar sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor, dipercayai untuk mencari jodoh, selain meyakinkan keluarga teman lelakinya.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bagaimanapun, helah suspek berusia 20 tahun yang berasal dari Sabah itu, terbongkar selepas ditahan polis kelmarin di sebuah rumah dekat Kampung Bukit Bator, di sini.


Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat, berkata penahanan suspek dilakukan susulan aduan yang diterima keluarga teman lelaki suspek yang curiga dengan kelakuan rakan anaknya itu sepanjang menumpang di kediaman mereka.

See also  Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

Katanya, wanita berkenaan berasal dari Sabah dan datang Kelantan, namun terlebih dahulu menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari.

“Sebaik tamat tempoh kuarantin, wanita berkenaan menumpang rumah teman lelakinya yang juga anggota tentera di Bachok, selama seminggu dan turut membawa pakaian operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan nama sebagai Humairah pada pakaian itu.

“Dalam tempoh itu, wanita terbabit mendakwa dia seorang pegawai polis berpangkat Inspektor, namun tindakannya itu menimbulkan curiga kepada keluarga berkenaan termasuk boleh bercuti dalam tempoh lama.

See also  Perompak tumbuk pemilik kedai emas, larikan barang kemas RM200,000

“Susulan itu, keluarga berkenaan tampil membuat aduan kepada pihak polis sebelum wanita terbabit ditahan,” katanya pada sidang media di IPD Bachok, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai kesalahan lampau berkaitan kes sama pada 2017 di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

“Kita tidak menolak kemungkinan suspek menyamar sebagai Inspektor polis untuk mencari jodoh, selain mampu meyakinkan keluarkan teman lelakinya.

“Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pakaian operasi PDRM dan suspek direman sehingga Sabtu ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan tambah Seksyen 89 (c) Akta Polis 1967 kerana memiliki peralatan polis ,” katanya.

See also  Senarai Kawasan Merah Covid-19 setakat 25-10-2020
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124460
Users Today : 3883
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22132
Users Last 30 days : 69805
Users This Month : 18185
Users This Year : 124459
Total Users : 124460
Views Today : 5865
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33644
Views Last 30 days : 108348
Views This Month : 27757
Views This Year : 190147
Total views : 190148
Who's Online : 9
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares