Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar

Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar

Kuala Lumpur 19/12/2020: Meskipun hanyalah seorang kerani sekolah, Syafiq Shazwan Juhen, 22, gigih membantu menghantar bahan latihan kepada 20 pelajar di sekitar kediamannya di Kampung Pituru Laut, Kota Belud, Sabah.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Malah, pemuda yang baru saja setahun bertugas sebagai pembantu operasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan II Kota Belud, Sabah itu sanggup meredah tujuh kawasan banjir sejauh dua kilometer untuk tujuan itu.

 

Kecekalan Syafiq Shazwan memikul bahan latihan pelajar dan menempuh banjir itu dirakam rakan setugasnya Hamidah Kauli, 43, dan Josua Janoh, 27, baru-baru ini, yang kemudiannya dikongsikan di media sosial.

See also  Polis kesan wanita lolos kawat duri PKPD

 

 

Video itu tular selepas dikongsi Hamidah di Facebook miliknya sehingga ditonton lebih 10,000 kali.

Syafiq Shazwan berkata, dia melakukan tugas itu secara sukarela demi membantu pelajar sekolah dalam sesi pembelajaran dalam talian, apatah lagi dalam musibah pandemik Covid-19 ini.

 

“Itulah kali pertama saya membantu menghantar bahan latihan sekolah kepada murid sekitar kampung kediaman.

 

“Nasib tidak baik apabila hujan lebat dan banjir di kawasan kampung saya tetapi niat saya kuat untuk menghantar bahan latihan terbabit pada hari itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

See also  Menyamar Inspektor polis untuk yakinkan keluarga teman lelaki

Menurutnya, dia bekas murid SMK Pekan II Kota Belud dan kerana itu, dia memahami kesukaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid di kampung itu.

“Rata-rata keluarga murid yang tinggal di sekitar kampung saya, tidak mempunyai telefon bimbit peribadi.

“Ada jaringan internet, namun kebanyakan penduduk di sini golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai video yang tular itu, Syafiq Shazwan berkata, ia diambil pada 7 Disember lalu.

“Kebetulan pada tarikh itu, sekolah ada mengumumkan untuk ambil bahan latihan.

“Jadi, saya memutuskan untuk membantu pelajar menengah rendah sekitar kediaman memandangkan minggu itu musim hujan.

See also  Sukarelawan dari Kluang baiki motosikal mangsa banjir percuma

“Kawasan yang dilalui itu juga, jika banjir besar dan hujan tidak berhenti akan memakan masa hampir seminggu untuk surut,” katanya.

Katanya, hujan lebat 7 Disember lalu itu menyebabkan banjir sehingga setengah meter dan keesokannya mencecah satu meter di kawasan kampung itu.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bakti kerani sekolah, redah banjir hantar bahan latihan pelajar " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238355
Users Today : 1611
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14432
Users Last 30 days : 57696
Users This Month : 47683
Users This Year : 238354
Total Users : 238355
Views Today : 2285
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23382
Views Last 30 days : 92039
Views This Month : 76336
Views This Year : 368551
Total views : 368552
Who's Online : 66
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares