BATU PAHAT ‘LUBUK’ KONGSI GELAP, GANGSTER

BATU PAHAT ‘LUBUK’ KONGSI GELAP, GANGSTER

JOHOR BAHRU – Daerah Batu Pahat kini menjadi lokasi tumpuan kumpulan gangster dan kongsi gelap bergiat aktif di negeri ini.

 

Polis Johor mendedahkan terdapat lapan kumpulan kongsi gelap masih aktif melakukan kegiatan jenayah di negeri ini yang dianggotai 483 ahli.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan itu terdiri daripada tiga kumpulan gangster India dan lima kongsi gelap Cina.

 

“Antaranya, kumpulan kongsi gelap India yang masih aktif ialah Geng 36 yang terdiri daripada 87 ahli, Geng 04 (72) dan Geng 21 (91).

See also  {Video} PDRM berjaya tangkap Warga Nigeria lari SJR

 

“Kumpulan Cina pula ialah Jin Jee Tong 360 (71), Hong Hong San (61), Jjee It Hai 21 (25), Gee Hong San 253 (71) dan Double 7 (5),” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Kebanyakan ahli kongsi gelap dan gangster terbabit telah ditangkap di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Poca) pada 2018.

See also  ????️ Reman 4 hari Pukul kucing bunting hingga mati

 

“Ketika itu kerajaan membuat keputusan untuk membebaskan mereka dan tuduh di bawah Akta Pertubuhan 1966, lepas mereka dibebaskan mereka kembali aktif,” katanya.

 

Ayob Khan berkata, kongsi gelap tersebut aktif di seluruh negeri Johor sejak tahun 1980-an namun terbaharu kumpulan gangster aktif di kawasan Batu Pahat.

 

Jelasnya, mereka dipercayai aktif melakukan pelbagai jenayah termasuk pengedaran dadah, pelacuran, penyeludupan selain tarik kereta.

“Polis akan sentiasa memantau aktiviti kumpulan kongsi gelap terbabit, ada kita tangkap dan tuduh di bawah akta sedia ada,” katanya.

See also  Video@Punca tarik kereta cetus pergaduhan 7 ditahan
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " BATU PAHAT 'LUBUK' KONGSI GELAP, GANGSTER " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231790
Users Today : 231
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16430
Users Last 30 days : 62076
Users This Month : 41118
Users This Year : 231789
Total Users : 231790
Views Today : 354
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26467
Views Last 30 days : 98514
Views This Month : 66273
Views This Year : 358488
Total views : 358489
Who's Online : 8
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares