Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa

Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa

 

Shah Alam: Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang ditemui bersendirian di Taipan Setia Alam, di sini, sudah diserahkan kembali kepada ibu bapanya, semalam.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Terdahulu, tular di media sosial apabila kanak-kanak terbabit mendakwa dirinya didera dan dihalau dari rumah oleh kedua ibu bapanya itu.

 

Video berdurasi 1 minit dan 36 saat itu turut memaparkan perbualan kanak-kanak itu dengan seorang lelaki yang menemuinya dan dipercayai individu sama merakam video berkenaan di sebuah restoran makanan segera di lokasi itu.

 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol ketika dihubungi mengesahkan penemuan kanak-kanak perempuan itu di Taipan Setia Alam pada 4 petang semalam.

See also  Kanak-kanak OKU autisma maut terkurung 3 jam dalam van

 

“Sekitar jam 6 petang, kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada Polis Bantuan SP Setia seterusnya dibawa ke Balai Polis Setia Alam. Kanak-kanak perempuan itu membawa beg pakaiannya dengan menaiki basikal.

 

“Siasatan awal mendapati tiada kesan penderaan pada tubuh kanak-kanak itu. Dia (kanak-kanak) diserahkan kembali kepada ibu bapanya yang hadir ke balai pada 6.45 petang,” katanya.

 

Mengulas lanjut, Ramsay berkata, ibu bapa kanak-kanak perempuan itu turut membuat laporan polis berkaitan video yang tular itu.

 

See also  Video✓✓Padah provokasi di jalan raya, seorang pemandu ditahan

“Polis akan rakam percakapan dan individu-individu yang membuat rakaman juga akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

 

Dalam perkongsian video itu, kanak-kanak terbabit mendakwa tidak tahan akibat didera sebelum diizinkan ibu bapanya untuk meninggalkan rumah mereka.

 

“Kata kanak-kanak itu, dia selalu kena marah dan kena dera. Hari ini (semalam) dia tidak tahan sangat, nak keluar rumah. Jadi ibu bapanya izinkan dan teman turun dari rumah dan bagi dia keluar serta kayuh basikal.

 

“Kanak-kanak itu juga beritahu, ibu bapa ada pesan, jika dirogol jangan salahkan mereka dan jika hilang mereka (ibu bapa) akan lapor polis,” katanya lelaki dalam video berkenaan.

See also  {Video Kejadian} Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun kereta

 

Bagaimanapun lelaki terbabit mengakui, dia tidak tahu sejauh mana kebenaran dakwaan kanak-kanak itu.

 

????Pautan berkaitan

https://alhadi.my/2021/01/10/kanak-kanak-dakwa-didera-dihalau-ibu-bapa/

▶️Harian Metro

 

0️⃣6️⃣1️⃣ Fans of TSAM

https://chat.whatsapp.com/DOei4azZPDNCNb4mEUhXqQ

 

0️⃣6️⃣2️⃣ Wilayah Cakna 3.0

https://chat.whatsapp.com/Gk3sz79iDoZC6UKhcn9MTQ

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak dakwa didera diserah kembali kepada ibu bapa " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238778
Users Today : 2034
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14855
Users Last 30 days : 58119
Users This Month : 48106
Users This Year : 238777
Total Users : 238778
Views Today : 2883
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23980
Views Last 30 days : 92637
Views This Month : 76934
Views This Year : 369149
Total views : 369150
Who's Online : 55
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares