Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19

Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

PETALING JAYA – Pekerja kilang milik sebuah syarikat di Taman Industri Integrasi Rawang didakwa untuk terus hadir bekerja seperti biasa walaupun lebih 100 pekerjanya didakwa positif wabak Covid-19 sejak 5 Januari lalu.

 

Satu sumber mendakwa, kilang tersebut mempunyai hampir 1,000 orang pekerja dan baki mereka yang masih sihat perlu hadir bekerja seperti biasa.

 

“Syarikat enggan menghentikan operasi biarpun lebih 100 pekerja sudah diangkut Kementerian Kesihatan (KKM) ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS (PKRC), Serdang.

 

“Kami sangat takut. Ada daripada kes pada mulanya keputusan calitan negatif namun tiba-tiba demam, sebelum didapati positif wabak itu,” dakwanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

 

Mengulas lanjut, sumber itu mendakwa, masih ramai dalam kalangan pekerja tempatan yang tidak melakukan ujian calitan kerana tidak mahu dipotong gaji.

See also  Video Abang ViVa Viral berbekal RM50 redah perjalanan ke Selangor dan Pahang

 

“Jika ada pekerja yang membuat ujian calitan, syarikat akan tanggung tapi gaji pekerja akan dipotong kemudiannya,” dakwanya.

 

Dakwanya, arahan bekerja dari rumah sebanyak 30 peratus juga hanya diguna pakai bagi yang berjawatan penolong pengurus ke atas sahaja manakala lain-lain perlu hadir seperti biasa.

 

Pada masa sama, dakwanya, pihak syarikat juga tidak menggunakan khidmat profesional untuk membuat kerja-kerja sanitasi.

 

Sebaliknya, dia memberitahu, syarikat hanya mengarahkan pekerjanya membeli peralatan sanitasi dan melakukannya sendiri.

 

“Di Rawang, syarikat ini mempunyai tiga premis kilang dan sebuah gudang. Kesemuanya mempunyai kes positif Covid-19,” dakwanya.

 

Ahmad berkata, pekerja dimaklumkan kilang itu ditutup selama dua hari bermula semalam bagi kerja-kerja sanitasi manakala produksi dihentikan hari ini, namun akan kembali beroperasi esok.

 

Isu itu dimuat naik di laman Facebook oleh seorang pengguna dengan nama Shahril MunkeyInc yang memuat naik video dan gambar lokasi asrama pekerja kilang berkenaan di Taman Industri Integrasi Rawang.

See also  Jangan bawa Covid-19 balik kampung

 

Dia mempersoalkan mengapa pihak berkuasa masih belum menutup kawasan kilang tersebut walaupun sudah ramai pekerjanya disahkan positif Covid-19.

 

Menurutnya, sebanyak enam bas telah digunakan untuk mengangkut pekerja kilang tersebut sejak tiga hari lalu.

 

“Kasihan kawan-kawan saya ke kilang itu macam tunggu giliran nak mati sahaja. Kalau tak kena, selamatlah. Kalau kena, kena angkutlah jawabnya.

 

“Kan berita dah masuk, Kluster Taman Integrasi pun sudah ada. Apa lagi nak? Nak jadi macam Top Glovekah?” katanya.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, semua yang didapati positif telah dibawa ke Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang sejak empat hari lalu.

See also  25 Julai 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,045 kes

 

“Justeru, tiada keperluan untuk menutup kilang tersebut selagi mana tiada arahan sedemikian dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya.

 

Menurut Arifai, pekerja positif Covid-19 tersebut merupakan sebahagian daripada Kluster Taman Integrasi yang diumumkan baru-baru ini oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

 

Dalam pada itu, jurucakap syarikat itu menafikan hantaran di laman Facebook berkenaan dan enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut. – K! ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Diarah bekerja walaupun 100 pekerja positif Covid-19 " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239184
Users Today : 2440
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15261
Users Last 30 days : 58525
Users This Month : 48512
Users This Year : 239183
Total Users : 239184
Views Today : 3456
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24553
Views Last 30 days : 93210
Views This Month : 77507
Views This Year : 369722
Total views : 369723
Who's Online : 19
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares