Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas

Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas

 

 

Astro Awani Januari 17, 2021 00:07 MYT

 

Mangsa dan bapanya, diiringi Senator Alan Ling telah sekali lagi membuat laporan polis, kali ini membabitkan kecuaian pihak polis. – Astro AWANI

 

 

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai Polis Pusat Miri.

See also  Pembeli berdepan denda RM2,000 beli jualan di lampu isyarat

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Dalam kejadian pada 9 Januari itu, gadis tersebut ditahan kerana dipercaya terlibat dalam aktiviti judi online.

 

Ketika ditangkap di tempat kerjanya, sehari sebelum kejadian, mangsa telah ditahan di dalam tahanan berasingan untuk membantu siasatan.

 

Bagaimanapun sekitar jam 4 pagi, lokap mangsa telah dibuka oleh suspek yang memiliki kunci lokap, sebelum bertindak merogolnya di tandas lokap.

 

Kejadian tersebut dilaporkan kepada pihak polis, dan suspek kemudian ditahan lanjut serta didakwa atas perbuatannya.

See also  {Video Kejadian} Kanak-kanak diselamatkan orang awam dalam kejadian samun kereta

 

Pada 12 Januari lalu, suspek telah didakwa di Mahkamah Sesyen Miri dan mengaku bersalah.

 

Pada petang semalam, mangsa dan bapanya, diiringi Senator Alan Ling telah sekali lagi membuat laporan polis.

 

Kali ini membabitkan kecuaian pihak polis yang membenarkan kejadian ini berlaku di dalam premis mereka.

 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, kedua-dua anggota polis tersebut digantung tugas kerana cuai dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika bertugas.

See also  Tular video lelaki Maki Polis sebab tiada surat kebenaran rentas negeri

 

Kes katanya, kini sedang dalam siasatan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tahanan dirogol di dalam lokap, dua anggota polis Miri digantung tugas " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

239133
Users Today : 2389
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 15210
Users Last 30 days : 58474
Users This Month : 48461
Users This Year : 239132
Total Users : 239133
Views Today : 3374
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 24471
Views Last 30 days : 93128
Views This Month : 77425
Views This Year : 369640
Total views : 369641
Who's Online : 30
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares