Sebar berita palsu, ‘Jenifer Lawrence’ kini diburu polis

 

PEMILIK akaun facebook ‘Jenifer Lawrence’ dikehendaki polis kerana didakwa menyebarkan berita palsu berkenaan situasi Covid-19 di Sarawak.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan yang mendedahkan bahawa satu laporan diterima daripada pegawai Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri terhadap akaun FB berkenaan semalam.

 

See also  Video l✓✓ Lelaki merusuh cederakan jiran dan rosakkan harta benda

Beliau memberitahu, pemilik akaun FB tersebut dikatakan memuatnaik kenyataan mengatakan kes positif Covid-19 di Sarawak mencecah 321 kes semalam.

 

“Maklumat tersebut menimbulkan kegelisahan dan panik di kalangan orang awam dan pengadu kemudian terus membuat laporan polis untuk siasatan polis dan rujukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Jelasnya juga, pemilik FB terbabit telah memadam posting tersebut petang semalam namun sempat ditangkap skrin oleh pengadu.

See also  Banyak kesan cedera baru, lama pada badan Adik

 

“Selain itu, pengadu turut melaporkan pemilik akaun FB berkenaan sering membuat hantaran isu-isu berkenaan Covid-19 di Sarawak.

 

“Hantaran tersebut dilakukan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Mandarin secara rawak,” kata Aidil.

 

Operasi mengesan pemilik akaun media tersebut sedang giat dijalankan dan sebarang maklumat berhubungnya boleh disalurkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

See also  Dera: Jiran nampak mangsa kerap termenung

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

231687
Users Today : 128
Users Yesterday : 2939
Users Last 7 days : 16327
Users Last 30 days : 61973
Users This Month : 41015
Users This Year : 231686
Total Users : 231687
Views Today : 196
Views Yesterday : 4754
Views Last 7 days : 26309
Views Last 30 days : 98356
Views This Month : 66115
Views This Year : 358330
Total views : 358331
Who's Online : 11
Your IP Address : 100.25.42.211
Server Time : 2022-09-25
0Shares