Lelaki guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum ditahan

Lelaki guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum ditahan

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Seorang lelaki yang memandu lori dengan membawa muatan 1.5 tan daun ketum ditahan di Jalan Kampung Tong Prok, Mukim Padang Kerbau, di Pendang, Kedah semalam.

 

Ketua Polis Daerah Pendang, DSP Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan kira-kira 12.45 tengah malam oleh anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan itu selepas mengesan lori berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan.

 

“Selepas menahan lori ‘bonded’ tiga tan itu anggota polis telah melakukan pemeriksaan dan menemui 80 beg kanvas serta guni plastik berisi daun ketum yang semuanya seberat 1.5 tan dan dianggar bernilai RM22,000.

See also  Awas Scammer app palsu i-sinar

 

“Hasil siasatan suspek mengaku mengambil upah sebanyak RM2,000 bagi setiap perjalanan daripada individu lain untuk menghantar daun ketum itu dari Kuala Nerang ke Seremban, Negeri Sembilan,” katanya dalam sidang media hari ini.

 

Katanya, suspek yang tidak bekerja selepas diberhentikan sebagai pemandu bas ekspres pada Jun tahun lepas, juga mengaku dia menyewa lori berkenaan menggunakan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan menerusi program i-Sinar baru-baru ini.

See also  Protes terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kampung Muhibbah, Tawau.

 

Arriz Sham berkata, selain daun ketum, suspek menyewa lori berkenaan pada kadar RM2,500 sebulan turut menggunakan kenderaan itu untuk perkhidmatan penghantaran pelbagai barangan termasuk perabot dan makanan.

 

Katanya, suspek yang telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu kini ditahan reman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3), Akta Racun 1952.

 

“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah dan tidak memiliki rekod jenayah lampau dan kita masih menyiasat bagi mengesan individu yang memberi upah kepada suspek,” katanya.

See also  {Video Tular} Persoal sokongan terhadap Palestin, kumpulan serang remaja disiasat

 

– Bernama

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lelaki guna wang i-Sinar sewa lori bawa daun ketum ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238730
Users Today : 1986
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14807
Users Last 30 days : 58071
Users This Month : 48058
Users This Year : 238729
Total Users : 238730
Views Today : 2815
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23912
Views Last 30 days : 92569
Views This Month : 76866
Views This Year : 369081
Total views : 369082
Who's Online : 52
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares