Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing

Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

25 Januari 2021, 5:38 pm

 

JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dipercayai mengetuai satu ‘serbuan’ palsu ke atas hostel pekerja asing warganegara India di sekitar Medini, Iskandar Puteri pada Disember lalu.

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang berpangkat konstabel itu merupakan antara tujuh individu termasuk seorang wanita yang melakukan jenayah samun berkumpulan terhadap 11 orang mangsa.

 

Katanya, perbuatan jenayah itu bagaimanapun tidak lama apabila empat suspek berusia antara 18 hingga 26 tahun melibatkan tiga lelaki dan seorang wanita berjaya diberkas pada pukul 10 pagi hari yang sama, manakala tiga yang lain masih bebas.

See also  RAKAMAN KECURIAN HELMET GIANT BATU CAVES

 

“Dalam kejadian samun awal pagi itu, sekumpulan suspek ini bertindak memperkenalkan diri sebagai polis sebelum menyamun sekumpulan pekerja asing membabitkan kerugian wang tunai sebanyak RM6,310 dan tujuh buah telefon bimbit.

 

“Mereka turut bertindak memukul mangsa sehingga mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian tubuh badan termasuk di kepala,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

 

Tambah Ayob Khan, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu termasuk anggota polis sekiranya didapati terlibat dalam perlakuan jenayah.

 

“Sepanjang tahun lalu, seramai 43 anggota polis Kontinjen Johor telah didakwa di mahkamah melibatkan pelbagai kesalahan antaranya dadah, jenayah dan rasuah. Selain itu, 46 telah dibuang kerja, 57 ditahan kerja manakala 12 lagi digantung kerja,” ujarnya.

See also  Bakar motosikal marah cinta tak berbalas

 

Sementara itu, tiga suspek lelaki termasuk anggota polis itu dan seorang lagi wanita telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, namun mereka membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim V. Mabel Sheela.

 

Konstabel Haikal Fikri Anuar, 27; Razif Razali, 29, dan Muhammad Syukurilah Roszailah, 19, dituduh mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat, namun, wanita berusia 19 tahun itu tidak hadir ke mahkamah dan diberikan waran tangkap.

 

Mereka dituduh bersama-sama melakukan rompak berkumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki di Medini Iskandar Puteri kira-kira pukul 1.20 pagi pada 25 Disember lalu.

See also  CCTV ✓✓ Empat lelaki bersenjata kapak, tukul samun kedai emas

 

Mabel Sheela membenarkan semua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang dengan dua penjamin dan memerintahkan mereka tidak mengganggu saksi pendakwaan, selain melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sementara menetapkan 24 Februari ini untuk sebutan semula kes.- UTUSAN ONLINE

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Konstabel PGA ketuai serbuan palsu, samun warga asing " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

238250
Users Today : 1506
Users Yesterday : 3160
Users Last 7 days : 14327
Users Last 30 days : 57591
Users This Month : 47578
Users This Year : 238249
Total Users : 238250
Views Today : 2124
Views Yesterday : 4872
Views Last 7 days : 23221
Views Last 30 days : 91878
Views This Month : 76175
Views This Year : 368390
Total views : 368391
Who's Online : 78
Your IP Address : 3.238.90.95
Server Time : 2022-09-27
0Shares