{{Video}}Pemandu positif dadah, rempuh tiga pejalan kaki sebabkan seorang mati

Pemandu positif dadah, rempuh tiga pejalan kaki sebabkan seorang mati

bhnews@bh.com.my

February 5, 2021 @ 7:06pm

 

 

KOTA BHARU: Seorang pemandu yang positif dadah dibelasah orang ramai, selepas keretanya merempuh tiga pejalan kaki yang berada di atas pembahagi jalan dekat Pasir Hor di sini, pagi tadi.

 

 

Kejadian berlaku jam 11.30 pagi itu menyebabkan seorang wanita warga Indonesia berusia 45 tahun, maut di lokasi, manakala dua lagi parah.

 

See also  Lelaki terlebih perihatin Provokasi liar terhadap penjawat awam

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata sebelum kejadian, pemandu berusia 33 tahun yang memandu kenderaan jenis Proton Satria dari arah Pasir Hor menghala ke Kubang Kerian.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

“Apabila sampai di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar ketiga-tiga pejalan kaki yang berada di atas pembahagi jalan dan ingin melintas.

 

“Akibat perlanggaran itu, seorang wanita warga Indonesia maut serta merta manakala dua lagi wanita warga emas berusia 64 dan 65 tahun parah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

See also  VIDEO Avanza bawa syabu pecut  lawan arus 2km elak ditahan polis

 

Abdul Rahim berkata, dua wanita yang parah itu dikatakan baharu pulang dari kelas mengaji al-Quran dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

 

Katanya, pemandu kereta terbabit yang mengalami luka ringan di lengan dan kaki kiri dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan mendapati lelaki itu positif methampethamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

See also  Video✓✓ POLIS BURU SUSPEK KES PECAH RUMAH,CURI MOTORSIKAL
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " {{Video}}Pemandu positif dadah, rempuh tiga pejalan kaki sebabkan seorang mati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156697
Users Today : 538
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 23352
Users Last 30 days : 78783
Users This Month : 50422
Users This Year : 156696
Total Users : 156697
Views Today : 954
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 35367
Views Last 30 days : 121304
Views This Month : 77505
Views This Year : 239895
Total views : 239896
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.238.225.8
Server Time : 2022-08-19
0Shares