Jangan ganggu, dikhuatiri gajah naik minyak’

‘Jangan ganggu, takut gajah naik minyak’

 

KLUANG: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor meminta penduduk setempat tidak mengganggu seekor gajah jantan yang berkeliaran di Kampung Sri Timur, Kluang, malam tadi kerana dibimbangi boleh naik minyak jika dihampiri manusia.

 

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata gajah jantan itu bergerak bersendirian kerana sedang mencari gajah betina untuk mengawan.

See also  Sukarelawan dari Kluang baiki motosikal mangsa banjir percuma

 

“Adalah tabiat semula jadi bagi gajah jantan bergerak bersendirian untuk mencari gajah betina apabila tiba masa untuk mengawan,” katanya.

 

Salman berkata, pihaknya mengambil maklum kehadiran gajah itu di kawasan berkenaan dan sedang memantau.

 

PERHILITAN akan menjalankan operasi menangkap gajah itu apabila keadaan sesuai.

See also  Gajah Liar Ladang Projek Pertanian Moden Kluang

 

“Gajah jantan ini tidak sesat dan memang menjadikan kawasan di situ sebagai kawasan keliaran. PERHILITAN memang memantau keadaan dan akan jalankan operasi tangkapan apabila keadaan sesuai,” katanya.

 

 

Video kemunculan gajah itu turut tular di Facebook yang dirakam seorang penduduk kampung apabila haiwan itu berkeliaran berdekatan kediamannya di Kampung Sri Timur, Kluang.

See also  Kisah Sarjan Stubby Anjing Pengesan Senjata Gas Beracun

 

▶️Berita Harian

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jangan ganggu, dikhuatiri gajah naik minyak' " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156162
Users Today : 3
Users Yesterday : 949
Users Last 7 days : 24557
Users Last 30 days : 79986
Users This Month : 49887
Users This Year : 156161
Total Users : 156162
Views Today : 4
Views Yesterday : 1720
Views Last 7 days : 37236
Views Last 30 days : 123278
Views This Month : 76555
Views This Year : 238945
Total views : 238946
Who's Online : 3
Your IP Address : 34.236.192.4
Server Time : 2022-08-19
0Shares