[Video]Kebiadaban penyampai HitzFM hina diklasifikasikan sebagai membuli atau menghina orang lain tanpa hak

[VIDEO] Penyampai Hitz FM beraksi biadab terbahak-bahak ketawakan guru ajar Bahasa Inggeris untuk ‘content’ TikTok digantung kerja – cyberbully

Bahkan tindakan sedemikian boleh dilaporkan  dibawah undang undang buli SKMM yang membawa hukuman dibawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

TINDAKAN keterlaluan  seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru yang juga tenaga pengajar di saluran DidikTV dikecam netizen.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Bahkan tindakan sedemikian boleh dilaporkan  dibawah undang undang cyberbully SKMM yang membawa hukuman dibawah Seksyen 233(1), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai peruntukan mengenai kesalahan penyalahgunaan internet. Jika disabit kesalahan di bawah seksyen ini, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) iaitu boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

 

Menerusi perkongsian video TikTok yang dimuat naik Yusuf, dia dilihat sangat kurang sopan apabila ketawa terbahak-bahak memperlekehkan cara penyampaian guru tersebut.

See also  Kontroversi Persenda Guru Bahasa Inggeris, Dj Yusuf Hits FM letak jawatan

 

Rata-rata netizen melahirkan perasaan marah dengan perlakuan Yusuf malah menggesa majikannya untuk mengambil tindakan tegas terhadapnya.

 

Selain netizen, laman Facebook komuniti Kami Guru Malaysia turut menggesa perkara sama dilakukan oleh Hitz FM.

“Biadab! Mohon cikgu-cikgu yang ada akaun TikTok sila laporkan akaun penyampai radio ini. Tidak ada rasa hormat terhadap guru ini yang mengajar di TV pendidikan.

“Pastikan radio Hitz FM ambil tindakan di atas perbuatan kurang bermoral penyampai radio ini,” kata seorang pengguna.

Tindakan Yusuf turut dicerca guru lain.

Netizen turut menyerang laman Instagram penyampai tersebut dengan meminta dia digantung tugas agar dapat memberi pengajaran di atas tindakan keterlaluannya itu.

“Memperlekehkan cikgu Bahasa Inggeris yang mengajar kanak-kanak berusia sembilan tahun. How classy.

“Kamu tidak seharusnya mentertawakan cikgu macam itu. Ia langsung tidak kelakar untuk awak ketawa macam itu, apa yang tidak kena dengan awak ya?

“Selamat tinggal kepada kerjaya kamu.

“Yusuf, tidak kelakar langsung. Semua guru mencuba yang terbaik untuk mengajar pelajar lebih-lebih dalam keadaan sekarang (berhadapan dengan pandemik). Apa yang kamu buat ini sangat kurang ajar dan biadab,” tulis netizen.

See also  Destinasi Ikonik Hebat dan menarik di Malaysia    

Netizen serang Instagram Yusof.

Sementara itu, dalam muat naik terbaharu di laman Instagram, Yusuf tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada guru berbabit.

Dalam video itu, Yusuf menyedari akan kesilapannya mencerca seorang tenaga pengajar yang sedang mencurahkan ilmu kepada anak murid.

“Saya dengan ikhlas hati memohon maaf kepada guru terbabit, ahli keluarganya dan semua pihak di atas tindakan saya.

“Saya sedar video itu memang tidak kelakar langsung dan sesuatu yang tidak wajar dilakukan oleh saya.

“Saya tidak seharusnya menjadikan perkara ini sebagai bahan lawak, kerana guru-guru ini secara sukarela menawarkan khidmat untuk mengajar di hadapan kamera,” katanya.

Dalam video itu juga, Yusuf meminta kepada sesiapa yang mengenali guru tersebut agar dapat membantunya supaya dapat bercakap sendiri untuk meminta maaf kepada guru wanita berkenaan.

Hitz Sarawak memohon maaf di atas tindakan keterlaluan penyampai radio mereka.

Dalam pada itu, Pengurus Besar, Astro Radio Malaysia Timur, Hafiz Nizamuddin berkata pihaknya memandang serius mengenai perkara memalukan itu.

See also  Pasangan mahasiswa ini dapat ‘port baik’ bawah jambatan selepas ‘bergelut’ cari line internet nak jawab exam

“Kami mohon maaf di atas tindakan seorang penyampai kami berhubung video yang tular baru-baru ini.

“Kami mengambil serius mengenai perkara ini dan satu siasatan dalaman akan dijalankan. Buat masa ini, kami akan menggantung sementara tugas penyampai radio terbabit,” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Instagram Hitz Sarawak.

Video cikgu tersebut diambil daripada sedutan pengajaran di saluran TV pendidikan baharu, DidikTV yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu.

DidikTV ditubuhkan bertujuan memberikan alternatif kepada pelajar sebagai salah satu inisiatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Kebiadaban penyampai HitzFM hina diklasifikasikan sebagai membuli atau menghina orang lain tanpa hak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124538
Users Today : 3961
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22210
Users Last 30 days : 69883
Users This Month : 18263
Users This Year : 124537
Total Users : 124538
Views Today : 5991
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33770
Views Last 30 days : 108474
Views This Month : 27883
Views This Year : 190273
Total views : 190274
Who's Online : 19
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares