5 pemain bola kena kompaun ‘curi’ masuk Putrajaya
Putrajaya: Seramai lima individu dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika bermain bola sepak di sebuah padang bola sepak sintetik di Presint 8 di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kesemua mereka dikenakan tindakan selepas didapati tidak memiliki surat kebenaran merentas daerah atau negeri untuk berada di Putrajaya.
Katanya, pemeriksaan diadakan Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP IPD Putrajaya yang membuat pemeriksaan di lokasi berkenaan antara jam 10 malam hingga 11.45 malam tadi.
“Petugas mendapati sekumpulan individu bermain bola sepak di padang berkenaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati lima individu berusia antara 23 hingga 28 tahun didapati tiada surat kebenaran merentas negeri dengan bermain bola sepak di sini,” katanya.
Menurutnya, kesemua lelaki yang dikompaun itu bekerja di syarikat swasta dan datang dari kawasan Ampang dan Kuala Lumpur.
Susulan itu katanya, tindakan kompaun dikenakan terhadap lima pemain bola sepak terbabit.
Terdahulu, viral di media sosial video berkaitan kejadian itu ketika Pasukan Task Force Pemantauan dan Pematuhan PKP IPD mengadakan pemeriksaan.
▶️Harian Metro
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " 5 pemain bola kena kompaun 'curi' masuk Putrajaya " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.